Pages

Thursday, July 27, 2017

Apa itu penyakit gastrik?

Assalamualaikum semua

Semoga semuanya sihat walafiat. harini terasa nak buat post ilmiah skit hehe.
Penyakit gastrik atau nama medik nya gastritis/ dyspepsia ni adalah penyakit yang sangat common dalam masyarakat kita. Hampir tiap2 hari jumpa penyakit ni kat klinik.

Penyakit gastrik ni adalah sejenis penyakit yang sangat berkait rapat dengan pemakanan. Ianya berlaku di kantung perut (stomach), bukannya di usus kecil atau usus besar. Ianya terjadi disebabkan kandungan acid yang berlebihan didalam perut.

Acid tersebut memang semulajadi ada didalam perut kerana tugasnya bersama enzymes adalah untuk mencernakan makanan yang kita makan. Tetapi masalah gastrik timbul apabila jumlah acid tersebut berlebihan didalam perut. Acid ini adalah acid yang kuat, nilai pH nya adalah pH 1 iaitu kategori acid paling kuat.

Kenapa acid boleh berlebihan didalam perut?
Terbanyak banyak faktor. Faktor utamanya adalah PEMAKANAN.
Habit pemakanan yang salah dan pemilihan jenis makanan yang salah boleh menyebabkan berlakunya gastrik. Habit disini bermaksud orang yang selalu skip meals terutamanya sarapan pagi. Jangan jadikan habit tidak mengambil sarapan pagi kerana perut kita sudah semalaman kosong, dan jika skip sarapan pagi, maka terlalu lama perut ksosng dan boleh menyebabkan acid perut irritate lapisan perut dan berlakunya gastrik.

Jenis pemakanan yang salah juga merupakan faktor besar punca kepada gastrik. Makanan yang boleh menyebabkan acid tinggi dalam perut contohnya makanan pedas. Bukan tidak boleh makan pedas, tetapi kena berpada2 dan sekali sekala sahaja. Selain dari itu makanan berempah tinggi juga boleh menyebabkan gastrik. Contohnya mee segera, junk food, kari yang pekat, tomyam, dan macam2 lagi yang menggunakan rempah yg kuat. Selain dari tu, makanan atau buah2 masam dan jeruk buah juga boleh menyebabkan gastrik kerana ianya mempunya kandungan acid citric (acid buah) yang tinggi. Minuman bercaffein seperti caffenated coffee or teh susu (teh pekat) juga boleh menyebabkan gastric. Penggemar coffee bole mencuba decaffeinated coffee (nyah-kaffein) untuk elakkan serangan gastric.

Selain faktor pemakanan, faktor luar juga boleh menyebabkan gstric. contohnya stress/ tekanan yang tinggi boleh menyebabkan gastric/ stress ulcer. Jadi amatlah penting kita mengamalkan stress management yang betul. Stress yang kuat bukan sahaja boleh menyebabkan gastric, ianya juga boleh mengganggu hormon wanita dan mnyebabkan haid tidak teratur, boleh menyebabkan penyakit darah tinggi bagi jangkamasa yang panjang, melemahkan otak dan sebagainya. Pesakit boleh amalkan 'breathing relaxation technique' untuk kurangkan stress. Boleh search internet ye cara untuk amalkan tips ni.

Merokok juga boleh menyebabkan gastric. Setiap kali perokok menyedut asap rokok, segala bahan kimia dan asap rokok bukan sahaja akan merosakkan paru2, malah bahan2 kimia itu akan menipiskan lapisan dalam perut dan menyebabkan berlakunya gastric.

ubat-ubatan juga boleh menyebabkan gastric/ ulcer didalam perut contohnya ubat tahan sakit dan steroid. Maka tidak elok amalkan ubat tahan sakit secara berpanjangan tanpa pengawasan doktor. Akar2 kayu dan ubat traditional/ majung juga boleh menyebabkan gastric terutamanya ubat traditional yang diambil untuk sakit badan kerana kebanyakannya ubat tradiotional/ akar2 kayu ini mempunyai kandungan steroid yang tinggi. Sebab itulah cepat kesan ubat2 traditional terhadap tubuh kita, cepat hilang sakit urat dan sendi tetapi kesan jangka panjangnya amat buruk. Ia bole menyebabkan ulcer didalam perut dan bocor kantung perut, ia juga boleh merosakkan hati dan fungsi buah pinggang.

Saya berharap sedikit info dan ilmu yang sy kongsikan ini boleh memberi peringatan dan pengetahuan buat pembaca. Sama2la kita menjaga kesihatan tubuh badann kita dan orang2 tersayang. Selamat beramal ;)

p/s: jikalau anda mempunyai penyakit gastric, kena declare ye sebelum ambil insuran.
p/s/s: sesiapa nak tahu lebih lanjut dengan insuran prudential takaful, bole contact suami sy
Mohd Asyran di nombor 0133872486.
Nanti dapat package 2 in 1 percuma consultation insuran dengan suami dan free consultation mengenai penyakit dari saya :)

No comments:

Post a Comment