Pages

Monday, March 6, 2017

Pengalaman Bersalin

Assalamualaikum

Seperti tajuk di atas, saya nak share sikit pengalaman bersalin anak ke dua. Pengalaman yang totally berbeza dari anak pertama. Anak pertama, lahir secara pembedahan, kali ni Alhamdulillah rezeki bersalin secara normal.

Due date kandungan kali ni jatuh pada 2 January 2017, tapi on that day, saya tak rasa sakit pun lagi, sekadar mengeras sikit2 macam tu je. Jauh di sudut hati mengharapkan adik lahir on that day, 2 Jan, sebab nak bagi sama tarikh lahir dengan kakaknya (2 Jan 2013) hehe..tapi mommy tak kisah pun, asalkan adik baby sihat.

Husband dah start risau, takot2 nak beranak dah. Tapi saya still xde sakit. Cuma penat dan sakit pinggang jela. Jalan sikit, dah tercungap2. Asal baring je, mata mesti lelap, walaupun sekejap. Nasib baik mommy dapat cuti 2 minggu awal dari tarikh due date, dapatla rehat kat rumah. Mommy gagahkan diri jugak sepanjang cuti tu untuk buat keje rumah, masak, sebab nak bagi jalan terbukak cepat.

 3 Jan 2017- Hujan mencurah2, sebab Kelantan masih lagi di musim tengkujuh. Lorong nak masuk ke kawasan rumah dah naik air, dah start banjir. Tapi rumah tak naik air pun, Alhamdulillah.  Saya pulak masih lagi sama, xde tanda sakit nak bersalin, xde turun lendir campur darah tu, xde leaking air ketuban, dan baby masih active. Tapi husband dan abah saya dah risau dengan keadaan banjir, so husband bawak jugak sy ke hospital sebab risau takot tak boleh keluar dari rumah nanti kalau hujan masih tak berhenti.

So kitorang pun angkut barang2 yang dah ready dalam bag, masuk kereta, dan terus ke hospital. Itu pun jalan utama dah banjir, kena guna jalan kampung alternatif. Alhamdulillah selamat sampai ke hospital. Dipendekkan cerita, saya kena warded sebab early labour. Jalan baru terbukak hujung jari/ 1cm macam tu je. Saya warded sehari je. Dalam ward, doctor bukak jalan guna jari (swipe and stretch) untuk promote contraction. Lepas S&S tu barula ada sikit2 contraction, tapi saya dibenarkan balik dulu. Itupun setelah air banjir surut sikit kat kawasan rumah. Dalam hati, syukur alhamdulillah dapat balik dulu. Sangat tak suka duduk dalam ward sorang2, husband tak boleh masuk kecuali waktu melawat, ibu pun xbole tunggu lagi sebab belum bersalin. Lebih baik duk kat rumah, selesa, husband ada boleh urut2 pinggang, hehe.

5 Jan 2017- saya dah mula ada contraction, tapi belum kerap, irregular contraction. Sakit pinggang makin kuat dan penat sangat2. Malam tu saya tak boleh tidur sebab perut asyik memulas nak buang air besar. Mata memang tak boleh lelap sampai pagi. Contraction pun makin kerap dah. Husband asyik tnya nak pegi hospital tak, saya jawab tak nak lagi sebab masih boleh tahan. Kalau boleh, pergi hospital terus bersalin, tak nak warded macam aritu.

6 Jan 2017- Contraction makin kerap, dahla tak tidur sejak semalam lagi. Dalam pkul 4-5 pagi, saya dah start timing contraction guna apps contraction timer. Masa tu contraction lebih kurang 3-5 minit sekali. Masih boleh tahan. Husband dah tak tidur, standby takot2 nak pergi hospital, tapi sy decide nak tunggu subuh dulu. Lepas azan subuh, mandi dan solat subuh, mintak izin ngan parents, and terus bertolak pegi hospital. Masa ni contraction setiap 3 minit, still boleh tahan lagi sakit, masih boleh senyum, hehe.

Sampai je kat labour room, patient agak ramai. Lepas dah check perut, check baby, check jalan, baru buka 3 cm, so kena masuk ward dulu, huhu...Masuk ward dalam pkul 11 pagi. Contraction makin kuat, makin strong dan intense. Masa ni dah terbongkok2 jalan kat dalam labour room. Nak makan pun xde selera dah, makan dua tiga mulut je. Muka dah merah tahan sakit, nak cakap pn xboleh dah. Contraction punya la strong, setiap 2-3 minit, lama pulak tu. Da siap scan, sebelum masuk ward, nurse tengok muka saya dah  berkerut2 tahan sakit, nurse check jalan lagi sekali, still 3cm, terpaksa masuk ward dulu. Masa ni dah guna wheel chair, dah tak boleh jalan, sakit sangat dah.

Dalam ward, saya diberi injection pethidine (pain killer) sebab contraction dah strong masa ni. Lepas dapat injection tu, terus mengantuk yang amat. Walaupun mata mengantuk sakit tu sama je, tetap kuat, xkurang pun. Bezanya, mata jadi mengantuk. Loya pun kuat, mungkin kesan ubat tersebut. Husband memang tak boleh masuk lagi masa ni. Husband masuk masa waktu melawat je. Pinggang sakit sangat2 macam nk patah pinggang rasa, huhu.

Dalam pkul 7 petang, dah tak boleh tahan sakit, mintak nurse check jalan, dah bukak 4 cm. Sakit dari pagi sampai petang, bukak 4 cm je, huhu. Nurse tolak masuk labour room. Masa ni Allah je tahu betapa sakitnya, macam nyawa di hujung tanduk. Dah tak nampak org sekeliling dah. Tiap kali contraction tu, rasa gelap je dunia, sakit yang tak boleh nak describe. Masuk labour room lebih kurang pkul 7pm , jalan 4 cm, pkul 9pm, jalan da bukak 9cm. sangat cepat (dengan izin Allah) sebab contraction kuat sangat, lebih kurang setiap 1-2 minit. Jalan kena gunting sikit (episiotomy) tapi tak rasa sakit pun masa kena gunting, rasa pedih2 sikit je, sebab sakit contraction tu jauh lagi hebat, huhu. Pada pkul 9.26pm, tanggal 6 January 2017, adik baby selamat dilahirkan secara normal, Alhamdulillah. Keluar je baby, hilang terus rasa sakit. Dapat peluk baby, terus hilang semua sakit.

Terima kasih tak terhingga untuk husband, doctor2 dan staff2 di HUSM yang sabar dengan sy, yang jaga sy sepanjang warded, sepanjang proses bersalin dan sehingga discharge dari ward. Hanya Allah yang dapat membalasnya. Rasa terhutang nyawa dengan diorang, especially masa proses bersalin. Mulianya kerja diorang. Ganjaran pahala buat kalian. Thank you soooo much.

Harini adik baby dah berumur 2 bulan. Our bundle of joy, our happy pills, our lovely baby. Mommy, Abi dan kakak saaayaaangggg adik sangat2. Nama diberi Azzahra Tasneem.

Kenangan manis sepanjang proses bersalin :)


No comments:

Post a Comment