Pages

Tuesday, December 13, 2016

Second pregnancy

Assalamualaikum semua

Ya Allah, lamanya tak menjenguk blog usangku, hehe...
Nak kata terlalu sibuk tu tak jugak, biasa je cuma macam tiada idea nak menulis.
Tetiba lak detik ni terasa nak menulis...layankan ajela ek, hehe..

Last post awal tahun 2016, sekarang dah penghujung tahun 2016.. sekejap je rasa dan sepanjang tempoh tersebut, banyak yang telah terjadi.
Salah satunya, alhamdulillah saya telah mengandung anak ke dua. Sekarang ni da sarat da, tunggu masa je nak bersalin. So post kali ni nak coret serba sedikit mengenai kandungan ke dua agar dapat menjadi bahan bacaan di kemudian hari.

Dulu masa mengandungkan kakak Aisyah, mommy masih lagi bergelar doktor pelatih dan bertugas di hospital. Sekarang ni mengandungkan adik baby, mommy dah tak kerja hospital, mommy kerja di klinik. Alhamdulillah, ringan sedikit beban kerja duduk di klinik. Kerjanya 'office hour' dan banyak duduk, hehe...Alhamdulillah Allah permudahkan.

Dari segi alahan awal kandungan, sedikit berbeza dari kandungan pertama. Dulu mommy memang alahan tp takdela memilih sangat, sekarang ni mommy alahan agak teruk dan sangat memilih untuk makan. Mommy nak selera kampung je. Nak makan nasi kering, sayur rebus or celur, ikan or ayam bakar simple, tak nak tumis, tak nak sos lansung, tak nak manis... dahla masa alahan tu di bulan puasa, seksa jugak nk berpuasa, nk mencari lauk bukak puasa ikut selera tekak yng nk makanan kampung yg sangat simple. Nak cari kat bazar memang takde dan mommy tak bole lansung bau bazar sbab banyak yang tumis2. Abi pulak kerja di sabah masa tu, end up mommy drive tiap hari dari tempat kerja balik kampung sejauh 50-60km sehala sebab nak ummi masakkan makanan berbuka untuk mommy. Simple je nak sayur air dan ayam bakar kering taruk garam n black pepper gtu je, hehe. Nasib baikla tak lama mana mommy alahan. Masuk bulan ke empat, slow2 alahan da takde.

Sepanjang mengandung, Alhamdulillah, tiada masalah sangat. Masa awal2, kandungan mommy sonsang (breech) sama macam kakak aisyah dlu, bezanya masuk usia kandungan 6bulan, baby da berpuaing kepala kat bawah, alhamdulillah.

Ada sekali mommy warded di HUSM masa kandungan 32 minggu kalau tak silap sebab kontraksi pramatang dan baby kurang bergerak. Rupanya mommy terkena jangkitan kuman, alhamdulillah semuanya normal.

InshaaAllah tak lama lagi mommy akan bersalin anak kedua ni di hospital yang sama, di HUSM sebab rekod kandungan pertama ada di sini. Dulu anak pertama mommy operate (emergency LSCS) sebab kandungan sonsang dan 'Failed ECV with fetal distress'.
Kali ni InshaaAllah mommy akan cuba bersalin secara normal ( Vaginal Birth After Ceserean Section). Doakan semoga semua selamat :)

Dari segi persiapan pula, ada yang recycle kakak Aisyah punya mcm stroller, rocker, baby cot, car seat, breast pump dan lain2. Tapi kebanyakan baju banyak da bagi orang, so mommy beli yang baru. Persiapan da hampir semua siap. Dah siap2 simpan da bag baby. Mommy punya bag je belum simpan lagi. So far, masih belum ada tanda2 nak bersalin.

Alhamdulillah abi da balik dari sabah bulan oktober haritu dan akan bersama mommy sampai bersalin. Lepas ni pun abi kerja kat sini je, tak perlu pergi jauh dah, lega rasanya. Syukur dikurniakan suami yang banyak membantu. Segala urusan kakak Aisyah diuruskan oleh abi. Mommy tolong sikit2 je, yang lain abi uruskan. Abi jugak yang hantar dan ambil mommy pergi balik kerja disebabkan kereta mommy rosak plus mommy dah tak larat nak drive. Kerja2 rumah pun banyak diuruskan oleh abi. Thank you abi sayang. Mommy dah tak sabar nk cuti, lagi dua hari je mommy akan kerja, lepas tu da boleh bercuti tunggu masa bersalin je.




Sunday, February 14, 2016

Progress rumah

Assalamualaikum

Alhamdulillah....
Syukur sgt ke hadrat Ilahi.... Rumah kami dah 100% siap.
Lambat sikit update blog, dapat kunci hujung tahun lepas.. Sekarang ni tengah menunggu masa siap grill dan langsir... InshaaAllah tak lama lagi bole naik rumah baru. Alhamdulillah...