Pages

Wednesday, September 9, 2015

Pengalaman Rumah pertamaku

assalamualaikum semua...
Alhamdulillah, alhamdulillah
Lama betul tak update blog, sibuk sikit beberapa bulan ni, keje lagi, keluarga lagi dan terbaru duk urus pasal pembelian rumah pulak. Alhamdulillah...


post kali ni sy nk cerita serba sedikit pengalaman beli rumah pertama kami suami isteri.

Sebenarnya kami tak merancang pun untuk beli rumah dalam masa terdekat. Sebab da kecewa tak jadi beli rumah masa hujung tahun lepas disebabkan banjir besar melanda kelantan masa tu. So sy just focus pada keluarga dan keje je. Sehinggalah lebih kurang 3bulan lepas, client suami promote pasal rumah ni. Masa first tengok tu terus berkenan ngn rumah tu, tapi masih xkuat lg nak beli, lpas da bincang dengan suami, keluarga dan kawan2, akhirnya kami setuju nk beli rumah tu. Maka bermula la episode pening kepala nk uruskan proses ni. Hehe

At first buat appointment nk g tgk rumah dulu. Masa kitorg pegi tu, developer takde lagi, just ada site manager dia, so dia bawak tour tgk rumah luar dan dalam. Masa tu rumah dalam proses pembinaan lebih kurang 60% siap. Lepas tengok rumah, bertambah2 lg la jatuh cinta dengan rumah tu. So manager dia suruh sy sediakan beberapa document untuk proses loan.

Documents yg dia mintak masa tu pay slip untuk 3 bulan, bank statement untuk 3 bulan, ic suami isteri, pengesahan majikan tempat sy kerja. So kami sediakan semua yg dia mintak dan lebih kurang satu minggu kemudian kami jumpa dengan developer dan pegawai bank untuk serahkan semua document. Masa tu jgak developer mintak duit booking rumah deposit, alhamdulillah deposit tak tinggi. So da siap bincang dan masing2 puas hati, so sy pun sign la borang untuk loan tu.

Lebih kurang 2 minggu selepas tu, loan rumah lulus. Kami buat loan dengan bank rakyat dan semua urusan loan dan lawyer di uruskan pihak developer. Alhamdulillah syukur di ketemukan dengan developer yg easy going dan memudahkan kerja customer dia. Kalau nk diikutkan dalam masa dua minggu tempoh mnunggu loan lulus memang rasa xsedap duduk, nk tido pn xlena sgt sbab serabut duk pikir pasal loan. Bila da lulus tu Ya Allah syukurnya rasa, ringan beban ni...

So next working day tu, pegawai bank datang klinik dengan  borang untuk di sign. Alhamdulillah pegawai bank ni sgt sporting dan bnyak tolong saya sepanjang proses loan ni. Dia faham kerjaya sy yg susah cuti, dan keje xtentu masa dengan kerap kursus, so dia yg dtg jumpa kt clinic, alhamdulillah Allah permudahkan. Pada masa ni, rumah da siap 70% dan dalam proses cat..

Meeting dengan pihak lawyer pun dah selesai. Semua documents dan perjanjian dah ditandatangani. Alhamdulillah.
Minta2 la Ya Allah permudahkan urusan ku, semoga semuanya berjalan lancar. Serabut skit kpala nk uruskan hal rumah, at the same time keje dan keluarga jugak. Sabarrrrr amirah sabar... Ada hikmahnya...



4 comments: