Pages

Wednesday, September 9, 2015

Pengalaman Rumah pertamaku

assalamualaikum semua...
Alhamdulillah, alhamdulillah
Lama betul tak update blog, sibuk sikit beberapa bulan ni, keje lagi, keluarga lagi dan terbaru duk urus pasal pembelian rumah pulak. Alhamdulillah...


post kali ni sy nk cerita serba sedikit pengalaman beli rumah pertama kami suami isteri.

Sebenarnya kami tak merancang pun untuk beli rumah dalam masa terdekat. Sebab da kecewa tak jadi beli rumah masa hujung tahun lepas disebabkan banjir besar melanda kelantan masa tu. So sy just focus pada keluarga dan keje je. Sehinggalah lebih kurang 3bulan lepas, client suami promote pasal rumah ni. Masa first tengok tu terus berkenan ngn rumah tu, tapi masih xkuat lg nak beli, lpas da bincang dengan suami, keluarga dan kawan2, akhirnya kami setuju nk beli rumah tu. Maka bermula la episode pening kepala nk uruskan proses ni. Hehe

At first buat appointment nk g tgk rumah dulu. Masa kitorg pegi tu, developer takde lagi, just ada site manager dia, so dia bawak tour tgk rumah luar dan dalam. Masa tu rumah dalam proses pembinaan lebih kurang 60% siap. Lepas tengok rumah, bertambah2 lg la jatuh cinta dengan rumah tu. So manager dia suruh sy sediakan beberapa document untuk proses loan.

Documents yg dia mintak masa tu pay slip untuk 3 bulan, bank statement untuk 3 bulan, ic suami isteri, pengesahan majikan tempat sy kerja. So kami sediakan semua yg dia mintak dan lebih kurang satu minggu kemudian kami jumpa dengan developer dan pegawai bank untuk serahkan semua document. Masa tu jgak developer mintak duit booking rumah deposit, alhamdulillah deposit tak tinggi. So da siap bincang dan masing2 puas hati, so sy pun sign la borang untuk loan tu.

Lebih kurang 2 minggu selepas tu, loan rumah lulus. Kami buat loan dengan bank rakyat dan semua urusan loan dan lawyer di uruskan pihak developer. Alhamdulillah syukur di ketemukan dengan developer yg easy going dan memudahkan kerja customer dia. Kalau nk diikutkan dalam masa dua minggu tempoh mnunggu loan lulus memang rasa xsedap duduk, nk tido pn xlena sgt sbab serabut duk pikir pasal loan. Bila da lulus tu Ya Allah syukurnya rasa, ringan beban ni...

So next working day tu, pegawai bank datang klinik dengan  borang untuk di sign. Alhamdulillah pegawai bank ni sgt sporting dan bnyak tolong saya sepanjang proses loan ni. Dia faham kerjaya sy yg susah cuti, dan keje xtentu masa dengan kerap kursus, so dia yg dtg jumpa kt clinic, alhamdulillah Allah permudahkan. Pada masa ni, rumah da siap 70% dan dalam proses cat..

Meeting dengan pihak lawyer pun dah selesai. Semua documents dan perjanjian dah ditandatangani. Alhamdulillah.
Minta2 la Ya Allah permudahkan urusan ku, semoga semuanya berjalan lancar. Serabut skit kpala nk uruskan hal rumah, at the same time keje dan keluarga jugak. Sabarrrrr amirah sabar... Ada hikmahnya...



Pengalaman rumah pertama: Progress rumah

Assalamualaikum semua :)

alhamdulillah alhamdulillah
Syukur tak terkata
Besar sungguh kuasa Allah, syukur pada mu Ya Allah tuhan sekalian alam....
Hanya mampu bersyukur di atas nikmat yg Allah kurniakan...semoga diriku menjadi a better muslimah, aminnnn... Tolong doakan ye:)

Post ni sy just nak share sebab terlalu gembira dengan progress rumah kami, alhamdulillah. Sokongan dan support dari suami tercinta dan keluarga hanya Allah dapat membalasnya.
Skrg ni semua urusan dengan pihak lawyer dan bank dah selesai, ada beberapa urusan je lagi dengan pihak pemaju yg sy belum selesaikan, inshaaAllah dalam masa 6 bulan akan diselesaikan, amin.

Sekarang ni sy dalam proses untuk keluarkan duit kwsp. Documents yg kwsp mintak pun da ready, tq kepada lawyer kami yg cekap buat kerja, tinggal lagi sy perlu serahkan documents tersebut kepada pihak kwsp. InshaaAllah minggu depan, tak sempat lagi minggu ni, tak dapat cuti lagi.

Pembinaan rumah pun rasanya dah masuk 80% siap... InshaAllah.. Pagar pun da dalam proses pembinaan da, kabinet dapur da pasang. Cepat dan cekap pihak pemaju buat kerja. So far sangat berpuas hati dengan hasil kerja pemaju kami, cepat dan cantik serta kemas hasil kerja dia, alhamdulillah. Pihak bank pun cekap dan sentiasa update kami, pegawai bank yg sy berurusan sgt baik orgnya, bnyak membantu saya dan suami. Alhamdulillah. Pihak lawyer pun sama, cekap buat kerja dan mudah berurusan dengan diorang. Alhamdulillah... Syukur semua urusan menjadi mudah... Terima kasih Ya Allah..

Di sini sy sertakan sekali pics rumah yg latest last week. Teruja pulak, rasa nk g tgk tiap2 hari je hehehe...






Aisyah sakit lagi..

salam semua...
Hope semua sihat..

Last week aisyah admitted kt kbmc sebab terkena jangkitan kuman di paru2 ataupun medical term nya bronchopneumonia. Ingatkan demam biasa, mommy macam biasa try not to panic, bagi ubat demam, ubat batuk biasa dulu. Masuk hari ke 3, aisyah da muntan2, masuk je susu terus muntah, xminum pun muntah smpai dia da sangat letih. Mommy bawak ke hospital terus kena tahan ward. Pagi esoknya aisyah da start lelah, bernafas pun tercungap2 dan ada bunyi, rupanya aisyah kena jangkitan kuman di paru2. Huhu.... Kesian anak mommy. Letih je memanjang, merengek, tak nak susu, manjaaa sgt. 5 hari mommy cuti jaga adik aisyah sakit. Lastnya aisyah da sembuh, mommy pulak yg sakit, hehe... Takpe mommy sakitpun, yang penting anak sihat, alhamdulillah.

Alhamdulillah masuk kbmc, bilik yg selesa, management pakar yg tiptop, adik aisyah pun cepat sembuh, alhamdulillah. Total bil hospital asenya rm3800. Plus, syukur semuanya free, guna medical card prudential. Mommy just bayar pendaftaran je rm25, yang lain semuanya di tanggung oleh prudential. Syukur.. Sesiapa yang nak tahu detail pasal medical cad prudential ni, bole contact suami saya merangkap agent prudential takaful. Boleh tgk quotation dulu, serendah rm130 per month da bole dapat medical card yg full package (hospital bills + saving + protection).
Boleh contact nombor ni 0133872486 (En Asyran). Nanti suami akan explain dengan detail, bole dengar je dlu, tnya dia smpai puas hati, lpas tu bole tgk dulu quotation, kalo setuju baru proceed, kalo nk survey2 dulu pun boleh. InshaaAllah best service guarantee :)