Pages

Wednesday, April 22, 2015

Kisah pesakit jantung dan insurans.

post ni da lama saya post di facebook. Masa saya bertugas di hospital tahun lepas, sebelum di tukarkan ke klinik kesihatan. s

saya copy balik dan post di sini untuk manfaat kita bersama.

Dari facebook saya :)
Kisah semalam. Baru ada masa nak update:)
One of my patient, cikgu sekolah, dapat heart attack (extensive anterior MI). Umur lewat 40an. Muda lagi tapi dah dapat heart attack kategori berat. Specialist strongly suggest for early angiogram.
My specialist ask him- Encik ada insurans tak? My patient tanya balik kenapa?
My specialist jawab, kalau encik ada insurans, boleh buat awal angiogram di private hospital, cost dalam 20 ribu plus. Kalau encik takde, bole buat kat gov tapi lambat, kalau orang muda dan heart attack yg teruk (involve main artery-LAD), better buat awal.
Unfortunately my patient takde insurans. So suggest pergi uni hosp yg half gov half private, bayar 6ribu plus je and dia sanggup. Tu pun paling awal 4 bulan lagi baru dapat buat angio.
Bayangkan kalau sesiapa yang tak mampu even nk bayar yg 6 ribu, terpaksa tunggu list yang panjang untuk buat di gov.
My point here, kita tak tahu apa akan terjadi di depan hari. Betul, semua atas qada' dan qadar Allah, tapi bagi sesiapa yang mampu, saya strongly suggest untuk ambil insurans especially medical card ni. Mungkin pendapat masing2 berbeza, tapi saya tak akan share or suggest kalau ianya tidak berfaedah. 

Kepentingan Medical Card Prudential Takaful

Assalamualaikum

Hari ni di clinic jumpa macam2 penyakit kronik. Semoga Allah menyembuhkan pesakit2 ku semua, aminnnn..
Dalam2 duk pikir2 tu, tetiba teringat kisah ketika saya bekerja di hospital sebelum ditukarkan ke klinik kesihatan. semasa di hospital, saya di tugaskan di Medical Department, di bahagian pesaki2 kronik. alhamdulillah, banyak belajar.

Situasi pertama

During my last oncall punya story
- dapat panggilan dari jabatan kecemasan ada satu kes serangan jantung yang teruk (acute extensive anterior myocardial infarction post STK). Pesakit berumur 50 tahun, masih muda.
- alhamdulillah, pesakit stabil setelah di beri rawatan oleh pihak kecemasan dan medical. Anak pesakit tanya dengan saya boleh ke nak pindah ke KPJ perdana. Saya jawab boleh dan terus bagitau kos rawatan jantung di sana lebih kurang 30 ribu atau lebih. Tambahan pula, si ayah perlu di masukkan ke unit rawatan rapi (ICU). Si anak jawab ayahnya ada medical card. Alhamdulillah.
Setelah dapat kebenaran pakar di sini, saya call pakar jantung KPJ perdana dan kes diterima. Pihak KPJ akan hantar ambulans dan doktor diorang datang ambil pesakit kat sini. Mudah dan cepat kan.. Alhamdulillah, semua berjalan lancar.
So sesiapa yang belum lagi mempunyai medical card dan berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut pasal prudential takaful medical card and for free quotation, bole contact my husband 
smile emoticon
Mohd Asyran Mohd Noor
0133872486- pm/call/whatsapp

Situasi kedua

Bertugas sebagai seorang doktor di bahagian perubatan (medical department), tiap2 hari tengok kes kegagalan buah pinggang (end stage renal failure). Pesakit2 ini memerlukan rawatan cuci buah pinggang (hemodialysis) dengan segera bagi mengelakkan toxin berkumpul didalam badan yang boleh membawa maut.
Bagi sesiapa yang bekerja kerajaan, gov akan tanggung perbelanjaan hemodialysis 3kali seminggu yg cost lebih kurang 200 per sesi, so 2000-3000 sebulan sepanjang hayat. So, sesiapa yg bekerja kerajaan boleh hemodialysis di private dan sepenuhnya ditanggung kerajaan. Bagi yg bukan kakitangan kerajaan, boleh guna pusat hemodialysis hosp gov and its free.
Masalah besar kita sekarang kekurangan mesin hemodialysis di hosp kerajaan dan pesakit makin bertambah. Bayangkan pakcik makcik yang bekrja kampung dan anak2 bukan kakitangan kerajaan, terpaksa menunggu giliran (waiting list) yang panjang untuk hemodialysis. So terpaksa cuci guna cara peritoneal dialysis ( prosedure sementara selagi tiada slot hemodialysis).
Sesiapa yang mempunyai insurans boleh hemodialysis di pusat dialysis swasta. Bagi yang mampu, apalah salahnya berbelanja serendah 150 per month untuk insurans medical card. Sediakan payung sebelum hujan. Once da ada penyakit, insurans tidak lagi layak untuk anda.
Jom pm/wassap laju2 this number 0133872486. lagipun insurans ni bole rebate cukai, berbaloi sangat2. even kereta pun kita insuranskan, apatah lagi diri sendiri. Tidak rugi invest untuk kesihatan dan keluarga. inshaaALLAH best service dari suami saya selaku agent Prudential yang sah. 

Mohd Asyran Mohd Noor
0133872486- pm/call/whatsapp
Prudential BSN Takaful


Bercuti ke Pulau Pinang




Assalamualaikum
Dah berminggu tak menjenguk blog kesayangan, huhu. Masa tidak mengizinkan...
Alhamdulillah hari ni ada sedikit kelapangan masa plus kerajinan melanda, hehe. Kali ni nak blog mengenai percutian singkat kami ke Pulau Pinang. 

Dah lama da pegi nya cuma tak ada masa nak update je. Keputusan ke Pulau Pinang ni pun macam biasa, last minute punya plan. Nasib la kerja suami ni flexible, bole ikut jadual saya yang tak menentu. 

Dipendekkan cerita, setelah cuti diluluskan my bos, malam tu jugak saya survey2 nk pergi bercuti ke mana. Tanya suami pun, dia jawab 'sayang decidelah, abang tak kisah mana2'... huhu... laki memang sume gitu ek, huhu, sabo jela. Survey punya survey, so saya decide nak pergi Pulau Pinang dan suami pun setuju. 

Esoknya, kami bertolak ke sana waktu petang. bawak kereta slow2 je. Banyak kali berhenti untuk rehat dan uruskan baby. Biasala berjalan jauh dengan baby kecik tak boleh gopoh2, kena slow and steady, yang penting selamat. Saya bawak adik bongsu sama kesana, alhamdulillah, lagi mudah kerja nk uruskan baby dengan bantuan adik. thank you adik, mmuahhh. Budget untuk minyak kereta pergi dan balik plus penggunaan sepanjang di Pulau Pinang dalam lingkungan RM150-200.

Sampai sana dekat2 nk subuh. kami singgah masjid, solat subuh, mandi dan rehat sekejap. Lepas tu kami sarapan pagi di kedai Roti Canai Transfer Road. agak femes jugak kedai ni. mudah je nak cari kedai ni, tepi jalan je. Kami makan roti canai, kuah daging dan ayam, untuk baby aisyah, roti telur goyang, haha. highly recommended. sedappppp sgt especially kuah roti canai dia, fuh thorbaik, hehe. Harga makan untuk 3 keping roti, satu pinggan ayam kari, satu daging kari, dan satu set roti bakar telur goyang, erm, tak sampai RM20. 



Kemudian kami pergi ke Bukit Bendera. Lain da tempat dia sekarang compared to masa saya pergi dulu. makin cantik dan teratur. Sampai2 je kat sana, terjumpa dengan makcik ku @ su, haha. tak sangka betul. so kami sama2 naik ke sana. memang happening. kat atas tu nanti bole naik shuttle, dia bawak round2 kat atas. Ada love locks area, Owl House, taman2, kedai2 makan, kedai2 cenderahati. banyak tempat menarik. train nak naik atas pun da baru, cepat je, dalam 5 minit da sampai atas. laju giler. kalau duluada 2 stesen, kna tukar train, sekarang satu train je, terus sampai atas.
Harga tiket (kalau tak silap la) RM10 untuk dewasa dan RM 5 kanak2, baby free je. Harga makanan kat atas standard la, charkueteow rm5, air rm3-5, ice cream, laksa. macam2 ada. harga shuttle tu RM30 satu shuttle.


Love Locks 

Kemudian setelah penat jalan2, makan2, da tengah hari, kami checked in hotel. su saya da nak balik kelantan, so kami berpisah kat situ. Kitorang book The Royale Bintang Hotel. hotel ni affordable dan sangat cantik. biliknya spacious, cantik dan english style. I loikeeeeee.... hehe. Makanan pun thumbs up. Highly recommended. staff dia sangat friendly dan swimming pool dia cantikkkk... hehe. Harga online RM 280 plus per night, harga gov rate RM220 plus per night. 

Add caption

cantik kan bilik dia. sorry handbag and botol susu adik aisyah enterframe, hehe.

sampai je di hotel, kami dah pancit. penat sangat tak rehat since semalam driving from kelantan. So aktiviti petang tu tidooooo je. selesa betul, haha. celik mata je perut dah nyanyi lagu keroncong. Kami makan fast food je malam tu, tak larat nak food hunting sume. 


the next day, pagi2 lagi breakfast buffet kat hotel. Cafe hotel yang luas dan english style, variety of foods, rambang mata, dan staff hotel yg friendly. sooo excited. makan knyang2 tahan sampai petang. aktiviti seterusnya kami pergi ke 3D Art Museum. Terletak kat bandar tu je, dekat je ngan hotel, tak sampai 10 minits pun. Guna waze je or google map, senang nak cari. Harga tiket, ingat2 lupa. dewasa RM15, kanak2 RM 5 kot, baby free. sorry guys, nanti recheck balik, lupa sbab da lama, haha. tapi yang pastinya tak mahal la. dalam museum ni ada bnyak 3d painting and bilik2 optic illusion. yang ni pun a must visit place bila bercuti ke Pulau Pinang.
Ames Room !!

Excited giler kot bila nampak Ames Room kat sini. One of the brilliant optic illusion. Nampak tak dalam pic kat ats tu, bilik ni bole buat saya nampak lagi kecik dari adik saya, haha. 
Adik aisyah jumpa kawan2 baru
















Sebenarnya panjang lagi entry ni tapi tak larat da nak tulis, nanti saya update kemudian ye. 
salam sayang semua :)