Pages

Wednesday, January 7, 2015

Flood disaster in Kelantan

First syukur kepada Allah swt Tuhan yang satu, kami sekeluarga selamat. Walaupun dugaan dan ujian banjir kali ni agak berat, tapi kami sekeluarga selamat. Syukur alhamdulillah.

Saya sendiri pn merupakan mangsa banjir. Kalau nk diceritakan, bole buat cerpen, hehe. Ada detik2 cemas, semasa pegi rescue my hubby n my baby yg stuck at bandar tanah merah yg sudah ditenggelami air, rumah2 disini pn nmpak bumbung je. Saya dan abah dan adik lelaki pergi ke tempat husband n my baby stuck tu melalui landasan kereta api, yg mana air takat paha je atas rail ketapi tp sangtla laju, kiri kanan rail, semua rumah nmpak bumbung je. Rail tu je yg tinggi skit dari tanah lain. Jalan sejauh 3-4 km jugakla ikut rail ketapi tu, balik pn lalu jalan sama, sambil dukung baby dengan air yang deras, sangat deras. Abah dan suami gilir2 dukung baby. Paling takot masa nk merentasi jambatan besi rail ketapi tu, dengan air sungai takat paha, tak nampak rail, ada lubang2 di celah2 kayu tapak rail tu, tawakkal kepada Allah je masa tu. air bawah jambatan tu, kalau terjatuh, nauzubillah, ada lah sedalam rumah se-tingkat. Allah permudahkan segalanya. Syukur. 

Balik pasir mas, stuck di rumah parents  sebab kampung da jadi pulau. Alhamdulillah rumah tak naik air. Tapi stuck situ dalm 6 hari dengan xde electricity dan air bersih. Mandi minum air hujan. Makan makanan dalam tin dan stock yg ada dalam peti. Tp my baby kesian jgakla sbab susu habis, mnum air milo je, huhu. Walau apa pun, syukur sgt, semuanya selamat, xde la kes kebuluran or xde tempat tinggal sume. Syukur Ya Allah. 

Bila air da surut sikit, sy terus bertugas, redah je ngn dmax abah untuk ke tempat kerja. Kami gilir2 untuk keluar cover team banjir ni. So far sy ditugaskan cover area kuala krai dan machang. Memang menyedihkan dan keadaan mangsa banjir di sana jauh memeritkan berbanding keadaan sy sekeluarga. Semoga Allah permudahkan urusan mangsa2 banjir semua. Alhamdulillah sepanjang keluar cover team banjir, bekalan ubat mencukupi walaupun jumlah mangsa banjir yang ramai, kesihatan kami pn mengizinkan. Alhamdulillah. 

Jutaan terima kasih kepada dermawan2 dari seluruh pelosok negara dan even dari luar negara yang tak putus2 menghantar bantuan dan bekalan kepada mangsa. Alhamdulillah. Walaupun kerja yg memenatkan, tiada cuti, extended working hours, tinggal keluarga, namun melihat kerjasama luar biasa dari semua pihak, menjadikan kerja2 ini satu kerja yg mudah dan ringan. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya.