Pages

Sunday, December 14, 2014

Happy Birthday to me !

Tanggal 26/11/1987, lahirla seorg puteri, nama diberi, amirah saihah. Hahaha.

26 Nov lepas genaplah aku 27 tahun hidup atas bumi Allah ni. Da makin dekat dengan angka 30-an da.. Huhuhuhu

Pape pun stukur alhamdulillah atas segala nikmat yg dikurniakan Allah. Dapat merasa jadi anak, isteri, dan ibu. Kerjaya yg stabil, masih diberi kesempatan untuk memperbaiki diri dan meningkatkan ibadat kpd Allah SWT. InsyaAllah. Aminnnnn.

Sambut birthday ni ala kadar je. Yela da tua kan, xkan nk sambut ngn belon clowns sume, hahah. Tq kpd suami tercinta belanja makan. Skema nya ayat aku.. Sabo jela ek. Hehe

Meh nk belanja gambar birthday girl, haha..jgn muntah ye













Short Vacay To Langkawi

Assalamualaikum semua

Post kali ni aku just nk share percutian pendek family aku ke Langkawi. Lebih kurang 2 bulan da pun aku ke sana, tapi baru berkesempatan nk update blog. Saja je suka suki menulis blog, tua esok esok ada juga tmpat aku nak terobek, haha.

Selalunya kalau aku pegi bercuti, mesti last minute punya plan. Tapi percutian ke Langkawi ni aku ter'rajin' sikit. Adala buat persiapan, survey2 kat internet, tanya orang sume. Sampaikan nak book hotel pun siap cancel dua tiga kali. Huhu..

Kat sini aku cuba untuk sertakan sekali ngan budget, tu pun kalau masih ingatla, da 2 bulan kot, huhu...

Kitorg bertolak menaiki kereta je, nk save budget plus ada baby, nak kena bawak sttoller bagai, g ngn kereta la senang nk angkut sume. Kitorg pegi petang, lepas kerja, bawak slow n steady je, bnyak kali berhenti rehat, makan. Aisyah tak banyak ragam, alhamdulillah. Smooth je perjalanan. Aku pun even baru balik kerja, tetap bole drive, semangat punya pasal. Hubby tertido kt tepi. Hehe. Aku prefer nk drive sebab kurang motion sickness bila drive unless kalau aku mengantuk, barula hubby take over.

Dekat nk pagi kitorg sampai ke Jeti Kuala Perlis. Actually ada dua jeti, Kuala Kedah dan Kuala Perlis untuk ke Langkawi. Since aku nk bawak kereta ke pulau, kena naik ferry di Kuala Perlis, Ro-ro ferry service. Harga bawak kereta ni ikut jenis kenderaan. Oh ye jgn lupa bawak geran kereta untuk bawak kereta ke pulau. Harga kereta jenis aku ni, toyota, rm 350 kalau xsilap, termasuk driver, penumpang rm 36 return, baby free. So total rm386.

P/s: kalau korg nak pegi sekejap je, boleh tinggal kereta di jeti, parking rm 10 per day, kalau parking berbumbung rasanya rm 50 per day. Sampai di pulau, sewa kereta kat sana. Waktu cuti mahal skit. Tapi range rm 60-100 per day. Tangkinminyak kosong tu, korg kena isi minyak sendiri. Tu harga sewa kereta semata2. Kena hati2 skit nk sewa kereta takot kena tipu, xsama mcm gambar. Korang survey la dlu kt internet. Aku ni sebab nk pegi 5-6 hari, plus barang baby n mak bapak baby bnyak gler, ngn stroller n car seat sume, kitorg cross ngn kereta la. Harga pun lagi jimat cross kalau pegi lama.

Sampai sana aku terus ke hotel, menginap di Langkasuka Hotel. Hotel ni di bandar, xsusah la nk cari makan n shopping. Murah dan cantik hotel ni. Total duduk 5hari 4 malam di hotel ni rm 500 plus asenya. Lepas tu kitorg extend sehari lagi, menginap di HiG hotel (haji ismail group) hotel. Yg ni rm 160 untuk satu malam. Harga lepas discount kakitangan kerajaan.

P/s Haji ismail group ni agak berpengaruh di Langkawi. Nk shopping coklat n pinggan mangkuk, bags sume, sila shopping di HiG shopping complex, bawah hotel tu je. Hotel dia memang cantik n exclusive, bangga anak melayu berjaya mcm ni. Hehe

Activity kat sana memang full
- day 1- lepas check in, da petang da, yela naik ferry pun kol 2 ptg. Huhu.. Kitorg ronda2 pulau n balik hotel rehat. Dinner pun order in menu hotel je.

Day2- island hoping
Rm 35 per head, baby free. So total aku dan hubby rm 70. Nk citer island hoping ni berjela la jawabnya. Kesimpulannya memang sgt sgt la best. Sape2 pegi langkawi wajib ambik package island hoping ni. Aku ambik package kat internet je, korg survey jela. Berlambak agensi pelancongan kt sana. Island hoping yg aku pegi ni dia bawak ke pulau dayang bunying, largest fresh water lake, pastu ke eagle feeding area, best gler, n last ke pulau beras basah, bole mandi pantai kat sini.

Day 3- kitorg naik cable car. Yeayyyyy.. Yang ni kitorg ambik full package. Rm 60 per adult, total rm120. Baby free. Kena tunjuk my kad tau, kalau xbawak mykad, harga rm 90 per adult. Tp kalau korg just nak naik cable car je, murah lagi la dalam rm 20 plus mcm tu. full package ni ada yg cable car, dome (lupa nama da), 6d cinema, and duck tour. Korg search la kt internet, sume ada kat situ. Tapi memang best n gayat la naik cable car. Station paling atas tu ya rabb, seolah naik menegak je, dengan angin nya, goyang2 cable car, cuak jgak. Tapi viewnya, masyaAllah, indah sungguh. Dapat tgk air terjun telaga tujuh dengan jelas.

Day 4- round pulau n jalan2 cari makan, shopping skit2. Hehe.. Kebetulan hubby ada kawan kerja kat sana, so kawan hubby tu yg jadi tour guide, bawak pegi tenpat2 menarik kat sana. Lepas tu pegi shopping di HiG complex, shopping chocolate round 1, haha. Tapi sekejap je sbab aisyah moody skit, penat kot. Malamnya kitorg makan seafood. Berbaloi2 haha.

Day 5- hubby decide nk extend cuti another one day. Aku pun still ada cuti lagi, best jugak kalau extend ni. Lepas breakfast kt hotel, rehat kejap, n check out. Then pegi ke HiG hotel untuk check in kat sana. Sambung shopping kat shopping complex HiG tu, more chocolates n sudu2 garpu senduk sume untuk ummi aku. Lugage kat sana cantik2 n murahhhhh sgt hoccay. Haha. Nasib la aku baru je beli luggage, so hubby xbagi aku beli luggage, membazir katanya. Seriously murah. Next time aku pegi langkawi aim untuk shopping je, haha.

Day 6- check out awal,lpas breakfast terus chrck out sbab ferry gerak kol 9am. Sampai kat Kuala Perlis da tengah hari. Ronda2 perlis n cari kedai makan ikan keli yg femes kat perlis, lupa da apa nama kedai tu. konsep restoren dia mcm nasi ulam cikgu kat kb tu, lebih kurgla, sedap. Then terus bertolak balik kelantan.

Budget makan- standard je, except masa makan seafood tula mahal skit, dalam 100 plus. Yg lain standard je harga. Breakfast dah included dalam harga hotel tu. makan heavy breakfast terus, tahan sampai petang, haha. Jimat. Xyah lunch, terus dinner. Hihi

Budget minyak kereta- vios trd aku tu jenis jimat minyak, alhamdulillah. Rasanya duk kira2, total pegi balik plus penggunaan kereta di pulau tu, dalam rm 150 je. Menang jimat la minyak kereta aku ni. 3 kali isi rm 50, tu pun da smpai kelantan ada half lagi balance minyak tu. alhamdulillah..

Frust xsempat join Mangrove Tour. Yg ni rm 150-200 per boat. Kekangan masa. Next time pegi langkawi, nk try yg ni pulak. InsyaAllah.