Pages

Friday, February 28, 2014

Little family gateway :)

Assalamualaikum semua:)

Alhamdulillah, dapat jugak update blog usangku ni.. Hehe
Post kali ni sy just nak share pengalaman bercuti di Tok Aman Bali Resort, Pasir Puteh ni je.

Alhamdulillah, syukur dikurnia rezeki dari Allah dapatla kami sekeluarga pegi bercuti. Mommy just nk berehat je, tak kesah pegi mana pun as long dapat lari sekejap dari life as a doctor yg so stressfull tu, huhu. Setelah bincang2 ngan hubby, kitorg decide nk bercuti dekat2 je. Lagipun mommy dapat cuti 2 hari je plus off sehari, total 3 hari, alhamdulillah.

Its actually last minute punya plan, syukran ya Allah, permudahkan segalanya. Hari ni bos luluskan cuti, the next day baru tempah bilik online. Kami decide nk pegi resort yg ada swimming pool for aisyah (okey for mommy abi dan aisyah, hehe). Survey punya survey, last2 pilih Tok Aman Bali Resort.

First of all, resort ni sangatla cantik. Taraf 4 stars and price yg reasonable. Kami pergi sana for 3days and 2 night. Day 1 to mommy post call, habis kerja pkul 8 pagi,, balik mengemas sedikit sebanyak, actually abi da kemaskan pakaian semua, mommy just top up apa yg tertinggal je. Tq abi. Around 9 am kami bertolak ke sana. Slow and steady, sebab dekat je kan, hehe. Check in pkul 2. So sempatla kami pegi brunch dulu, shopping sikit2, makan satar dan otak2 kt tepi pantai sambil minum air kelapa, fuhhh refreshing. Hehehe. Around 1.30 pm, kitorg check in kt resort tu. first impression, bagus. Resort yg lawa, mendamaikan dengan soothing music di lobi hotel and layanan yg superb from staff hotel. Dalam hati, alhamdulillah....

Kami dapat bilik di tingkat 1, depan swimming pool, and balcony kt belakang tu pulak menghadap tasik yg mendamaikan jiwa. Bilik deluxe king memang puas hati, cantik, king sized bed with lcd screen tv, meja tulis, sofa, peti sejuk mini, toilet with bath tub, and free wireless. Pendek kata memang korg akan berpuas hati la. Highly recommended to come to this resort. Lagi satu, korang better tempah online rather than tempah via phone or on the spot sebab rated dia jauh jgakla beza. Masa sy check in, dia kena kan bayaran rate yg walk in, pelik jgak, tp dia refund balik duit tu masa check out sebab rate online lagi murah. Kena pndai survey ye kt online tu. sy guna fast booking:) korg bole jugak guna agoda, murah jgak rate kt situ :)

Facilities situ bnyakla. Harga bilik tu include breakfast. Swimming pool dia besar gler, ada bnyak bahagian, so tak risau kalau ada anak2 kecil sebab ada jgak bahagian kanak2. Ado pool club, gym, playroom, palyground, lake, nk naik boat yg guna pengayuh tu pn bole, tapi kitorg tak naikla, nak letak aisyah kt mana kan, haha... Xpela next time:)

Aisyah yg paling happy bila swimming kat pool. Masa mula2 masuk dalam air tu, dia macam takut2. Pegang mommy dan abi kuat gler, haha. Bila da biasa, dia pulak yg over. Siap nangis bila mommy angkat letak tepi kolam. Masuk je dalam kolam, happy, jerit2, tepuk2 air.. Hehe.. Even da sejuk kaki tangan pun still tak nak keluar kolam.. Hehe..

Makanan pulak, kalau korang tak nak makan kat hotel, kedai makan kat luar banyak gler. Ada medan ikan bakar dan restoren2 lain. Pendek kata tak susah la nak makan. Untuk first night tu, kami dinner la kat hotel, just nk merasa makanan kt situ. Harga standard makanan hotel, sekali sekala bole la. makanan kt hotel tu memang sedap but not superbly sedap la. Masa makan kt hotel ri-yaz terengganu, makanan dia memang sedap gler, 5 star pnya food. Tapi kat sini sy bagi 3 star jela..

Pagi2 akan ada staff bersihkan bilik masa kita pegi breakfast but dunt you worry sebab hotel ni sediakan kemudahan safety box dalm setiap bilik, so bole simpan barang berharga dalam safety box yg disediakan:)

Okey, rasanya da panjang lebar berbicara, so now let the pictures do the talking :)