Pages

Sunday, January 26, 2014

Aisyah dah setahun !!

Assalamualaikum semua

Aisyah dah setahun. Alhamdulillah. Birthday aisyah 2/1/14. Tapi biasalah mommy kalau tak lambat update blog memang tak sah, hehe.. Sibuk + kemalasan melanda..

Aisyah da pandai sebut mama dan baba. Puas ajar sebut mommy dan abi tapi dia sebuat mama dan baba jugak. Abi dia cakap aisyaj pandai vocal 'a' je, tak pandai vocal 'i' lagi, haha..

Sekarang tak boleh berenggang lansung ngan abi atau mommy. Kalau mommy off day, kat rumah, time nak masak, letak dia atas walker ( pintu semua berkunci dulu), abi dan mommy sama2 kat dapur, dia pun sibuk jugak, kalau lindung mata sikit je, menangis. Haihh.. Nasib baik ada penghadang antara ruang tamu dan dapur, kalau tak, bahaya jugak baby kat dapur, huhu..

Aisyah dah pandai main main ngan mommy dan abi. Dia suka bagi toys dia kat mommy dan abi, lepas tu dia mintak balik. Tiap kali mommy ambik toys yg dia bagi tu, dia gelak kuat2.. Comel je.. Hehe.. Tak nak main sorang2, nak mommy dan abi temankan dia main. Pandai betol..

Tok umi dan tok abah pun asyik rindu je ngan aisyah. Baru seminggu duk ngan mommy, tok abah da dtg ambik 3-4 hari, pastu mommy off, mommy ambik balik, hahaha.. Macam tu la rutin aisyah. Kesian jugak kat my parents, rindu kat cucu dia ni. Cucu yg lain semua jauh duk kl, aisyah je yg duk kelate. Aisyah pun tiap kali balik kampung happy je, ramai org nk layan dia, main ngan dia, suka la tu.













Wednesday, January 1, 2014

2/1/14 happy birthday my aisyah :)

Happy 1st birthday my sayang Aisyah Humaira. Mommy sayang adik sangat2. Semoga adik terus sihat, panjang umur, jadi hamba solehah, anak yg solehah, ye sayang.

Majlis hari jadi tak dapat nk buat lagi hari ni, kena tunda sebab kek tak siap lagi.. 9hb baru siap kek, huhu... Hiasan rumah da hampir siap, hehe.. Excited punya pasal, da nak siap da.. Majlisnya seminggu lagi.

Sekejap je da setahun umur aisyah. Masih jelas dalam ingatan saat2 melahirkan aisyah. Aisyah dilahirkan secara pembedahan sebab sonsang (breech). Doctor da pusing baby untuk ubah kedudukan (ECV) tapi fail. Lepas pusing tu, dapat fetal distress, terpaksa buat emergency cesarean section for fetal distress and fail ecv.

Bnyak dugaan masa nk melahirkan aisyah . Masa nk bius tu fail bius separuh, terpaksa bius penuh. Nak dijadikan cerita, saya ada selsema yg teruk (active URTI) masa tu. risiko tinggi untuk bius penuh. Tapi da setengah jam lebih try but still xdapat spinal, so abandoned. Sebelum bius penuh, anaes bagi uabt sedut (mdi salbutamol) tapi bila da intubated, tetap ada bronchospasm, sampaikan drop spo2. Baby born flat, masuk nicu. Besarnya dugaan menjadi ibu, baru ku tahu.

Bila ingat kesakitan masa buat ecv, masa lepas operation, rasa serik nk bersalin tapi ianya tetap kenangan manis dalam hidupku. Pertama kali menatap wajah aisyah dalam dewan bedah, kepala pn mamai lagi baru sedar dari bius. Dapat cium pipi baby yg lembut dan wangi, wajah comel baby, hilang sekejap sakit, macam kena pukau sekejap. Besarnya kuasa Allah, besarnya anugerah Allah. Syukur pada Mu ya Allah. Lepas tu aisyah di bawa pergi, kena admit nicu. After 2 days dalam icu, aisyah was discharged to mother. Aisyah stay lagi dalam ward bersama mommy sampai mommy sembuh. Tapi, noted jaundice pulak. So aisyah kena tahan lagi, kena duk bawah lampu (phototherapy). Alhamdulillah kuning aisyah turun cepat, no major complication.

Ada satu lagi dugaan, masa aisyah dalam icu, ward icu terbakar. Pagi2 buta, semua staff dalam ward ibu turun ke nicu untuk keluarkan baby. Bayangkan perasaan aku masa tu. risau yg teramat, sedih, ngah sakit operate lagi. Nk bernafas pn sakit gile, jgnkn nk gerak. Terpaksa baring kaku di katil smabil pegang fon tunggu hubby kol. Tak lama kemudian hubby kol bgtau aisyah selamat, staff da keluarkan semua baby awal2. Kesian kat baby2 yg kritikal, yg bernafas guna mesin, terpksa buat manual bagging sementara nk pindahkan peralatan ke icu baru, huhu.

Semua tu masih jelas di ingatanku. Xkan ku lupa sampai bila2 kecuali bila nikmat ingatan ini di tarik oleh Allah yg maha kuasa. Semua kesakitan dan dugaan yg aku alami tu berbaloi, worth it, dapat baby secomel aisyah. Anugerah Allah yg tak ternilai buat ku.

Hari ni my baby sayang da genap setahun. Mommy sayang aisyah sangat2. Love u sayang. Sooooo much. Happy birthday for u sayang... Mmmmuaahhhh