Pages

Sunday, December 14, 2014

Happy Birthday to me !

Tanggal 26/11/1987, lahirla seorg puteri, nama diberi, amirah saihah. Hahaha.

26 Nov lepas genaplah aku 27 tahun hidup atas bumi Allah ni. Da makin dekat dengan angka 30-an da.. Huhuhuhu

Pape pun stukur alhamdulillah atas segala nikmat yg dikurniakan Allah. Dapat merasa jadi anak, isteri, dan ibu. Kerjaya yg stabil, masih diberi kesempatan untuk memperbaiki diri dan meningkatkan ibadat kpd Allah SWT. InsyaAllah. Aminnnnn.

Sambut birthday ni ala kadar je. Yela da tua kan, xkan nk sambut ngn belon clowns sume, hahah. Tq kpd suami tercinta belanja makan. Skema nya ayat aku.. Sabo jela ek. Hehe

Meh nk belanja gambar birthday girl, haha..jgn muntah ye













Short Vacay To Langkawi

Assalamualaikum semua

Post kali ni aku just nk share percutian pendek family aku ke Langkawi. Lebih kurang 2 bulan da pun aku ke sana, tapi baru berkesempatan nk update blog. Saja je suka suki menulis blog, tua esok esok ada juga tmpat aku nak terobek, haha.

Selalunya kalau aku pegi bercuti, mesti last minute punya plan. Tapi percutian ke Langkawi ni aku ter'rajin' sikit. Adala buat persiapan, survey2 kat internet, tanya orang sume. Sampaikan nak book hotel pun siap cancel dua tiga kali. Huhu..

Kat sini aku cuba untuk sertakan sekali ngan budget, tu pun kalau masih ingatla, da 2 bulan kot, huhu...

Kitorg bertolak menaiki kereta je, nk save budget plus ada baby, nak kena bawak sttoller bagai, g ngn kereta la senang nk angkut sume. Kitorg pegi petang, lepas kerja, bawak slow n steady je, bnyak kali berhenti rehat, makan. Aisyah tak banyak ragam, alhamdulillah. Smooth je perjalanan. Aku pun even baru balik kerja, tetap bole drive, semangat punya pasal. Hubby tertido kt tepi. Hehe. Aku prefer nk drive sebab kurang motion sickness bila drive unless kalau aku mengantuk, barula hubby take over.

Dekat nk pagi kitorg sampai ke Jeti Kuala Perlis. Actually ada dua jeti, Kuala Kedah dan Kuala Perlis untuk ke Langkawi. Since aku nk bawak kereta ke pulau, kena naik ferry di Kuala Perlis, Ro-ro ferry service. Harga bawak kereta ni ikut jenis kenderaan. Oh ye jgn lupa bawak geran kereta untuk bawak kereta ke pulau. Harga kereta jenis aku ni, toyota, rm 350 kalau xsilap, termasuk driver, penumpang rm 36 return, baby free. So total rm386.

P/s: kalau korg nak pegi sekejap je, boleh tinggal kereta di jeti, parking rm 10 per day, kalau parking berbumbung rasanya rm 50 per day. Sampai di pulau, sewa kereta kat sana. Waktu cuti mahal skit. Tapi range rm 60-100 per day. Tangkinminyak kosong tu, korg kena isi minyak sendiri. Tu harga sewa kereta semata2. Kena hati2 skit nk sewa kereta takot kena tipu, xsama mcm gambar. Korang survey la dlu kt internet. Aku ni sebab nk pegi 5-6 hari, plus barang baby n mak bapak baby bnyak gler, ngn stroller n car seat sume, kitorg cross ngn kereta la. Harga pun lagi jimat cross kalau pegi lama.

Sampai sana aku terus ke hotel, menginap di Langkasuka Hotel. Hotel ni di bandar, xsusah la nk cari makan n shopping. Murah dan cantik hotel ni. Total duduk 5hari 4 malam di hotel ni rm 500 plus asenya. Lepas tu kitorg extend sehari lagi, menginap di HiG hotel (haji ismail group) hotel. Yg ni rm 160 untuk satu malam. Harga lepas discount kakitangan kerajaan.

P/s Haji ismail group ni agak berpengaruh di Langkawi. Nk shopping coklat n pinggan mangkuk, bags sume, sila shopping di HiG shopping complex, bawah hotel tu je. Hotel dia memang cantik n exclusive, bangga anak melayu berjaya mcm ni. Hehe

Activity kat sana memang full
- day 1- lepas check in, da petang da, yela naik ferry pun kol 2 ptg. Huhu.. Kitorg ronda2 pulau n balik hotel rehat. Dinner pun order in menu hotel je.

Day2- island hoping
Rm 35 per head, baby free. So total aku dan hubby rm 70. Nk citer island hoping ni berjela la jawabnya. Kesimpulannya memang sgt sgt la best. Sape2 pegi langkawi wajib ambik package island hoping ni. Aku ambik package kat internet je, korg survey jela. Berlambak agensi pelancongan kt sana. Island hoping yg aku pegi ni dia bawak ke pulau dayang bunying, largest fresh water lake, pastu ke eagle feeding area, best gler, n last ke pulau beras basah, bole mandi pantai kat sini.

Day 3- kitorg naik cable car. Yeayyyyy.. Yang ni kitorg ambik full package. Rm 60 per adult, total rm120. Baby free. Kena tunjuk my kad tau, kalau xbawak mykad, harga rm 90 per adult. Tp kalau korg just nak naik cable car je, murah lagi la dalam rm 20 plus mcm tu. full package ni ada yg cable car, dome (lupa nama da), 6d cinema, and duck tour. Korg search la kt internet, sume ada kat situ. Tapi memang best n gayat la naik cable car. Station paling atas tu ya rabb, seolah naik menegak je, dengan angin nya, goyang2 cable car, cuak jgak. Tapi viewnya, masyaAllah, indah sungguh. Dapat tgk air terjun telaga tujuh dengan jelas.

Day 4- round pulau n jalan2 cari makan, shopping skit2. Hehe.. Kebetulan hubby ada kawan kerja kat sana, so kawan hubby tu yg jadi tour guide, bawak pegi tenpat2 menarik kat sana. Lepas tu pegi shopping di HiG complex, shopping chocolate round 1, haha. Tapi sekejap je sbab aisyah moody skit, penat kot. Malamnya kitorg makan seafood. Berbaloi2 haha.

Day 5- hubby decide nk extend cuti another one day. Aku pun still ada cuti lagi, best jugak kalau extend ni. Lepas breakfast kt hotel, rehat kejap, n check out. Then pegi ke HiG hotel untuk check in kat sana. Sambung shopping kat shopping complex HiG tu, more chocolates n sudu2 garpu senduk sume untuk ummi aku. Lugage kat sana cantik2 n murahhhhh sgt hoccay. Haha. Nasib la aku baru je beli luggage, so hubby xbagi aku beli luggage, membazir katanya. Seriously murah. Next time aku pegi langkawi aim untuk shopping je, haha.

Day 6- check out awal,lpas breakfast terus chrck out sbab ferry gerak kol 9am. Sampai kat Kuala Perlis da tengah hari. Ronda2 perlis n cari kedai makan ikan keli yg femes kat perlis, lupa da apa nama kedai tu. konsep restoren dia mcm nasi ulam cikgu kat kb tu, lebih kurgla, sedap. Then terus bertolak balik kelantan.

Budget makan- standard je, except masa makan seafood tula mahal skit, dalam 100 plus. Yg lain standard je harga. Breakfast dah included dalam harga hotel tu. makan heavy breakfast terus, tahan sampai petang, haha. Jimat. Xyah lunch, terus dinner. Hihi

Budget minyak kereta- vios trd aku tu jenis jimat minyak, alhamdulillah. Rasanya duk kira2, total pegi balik plus penggunaan kereta di pulau tu, dalam rm 150 je. Menang jimat la minyak kereta aku ni. 3 kali isi rm 50, tu pun da smpai kelantan ada half lagi balance minyak tu. alhamdulillah..

Frust xsempat join Mangrove Tour. Yg ni rm 150-200 per boat. Kekangan masa. Next time pegi langkawi, nk try yg ni pulak. InsyaAllah.



















Tuesday, November 18, 2014

Lamanyaaa tak hapdet!

Assalamualaikum semua

I'm back. Hehe..
Same old same old. Daily routine life as a mother, wife and a doctor.
Well there's been a little bit of change. I'm currently not working at prev hospital anymore. I got new offer to work at new place. It's actually fairly new development. So far so good, less busy I guess. No more oncall since now I'm working at klinik kesihatan. Alhamdulillah. More time to spend with my family.

I'm planning to request to join administration team. Pray for me. I'm going to Jabatan Kesihatan Negeri this thursday for this matter, hope everything will be smooth. InsyaAllah.

Other than that, I'm grateful with my life. All the obstacles I've been through, all paid off with happiness. Thats all I ever wanted, happiness. Alhamdulillah.

Husband currently doing well with his job as Prudential Takaful Agent. He's so passionate with his job. Hope Allah will ease his journey, hope he will achieve his dream. Love you forever suamiku syurgaku :)






Saturday, July 5, 2014

MO in the house

Assalamualaikum

Tajuk xley blah, haha
Alhdulillah da 3 bulan lebih bergelar MO medical. Such a great family in medical team. Bosses yang sporting dan sempoi. So far alhamdulillah. Tapi bukan selamanya aku akan berada dalam medical ni sebab sekarang ni status aku adalah floaters. Maksudnya semua ho yang baru naik mo di panggil floaters sehinggalah ditempatkan ke penempatan kekal. Rakan2 seperjuangan semasa bergelar ho dulu ramai da keluar, aku masih lagi disini meneruskan perjuangan yang tiada penghujungnya.

Kehidupan sebagai mo ni memang lebih baik berbanding ho. Walaupun demikian, tanggungjawab semakin meningkat. Semoga aku terus dikuatkan semangat oleh Allah untuk meneruskan perjuangan ini. InsyaAllah

Friday, May 2, 2014

The Zenith Hotel

Salam semua..
I'm in Kuantan now:)

Actually this is last minute. Hubby ada kursus at Vistana Hotel Kuantan. Hubby punya kursus ni one day je. Mulanya hubby plan pegi ngan bos dia dan balik Kelantan terus pada hari yang sama. Tapi sebaliknya pulak yang jadi hehehe.

Hubby tnya nak ikut ke tak? Of course la nk itot, haha. So kitorang book hotel last minute. The Zenith Hotel. Alhamdulillah ada kosong. So here we are.

Very nice hotel. Kami bertolak awal dan sampai awal, kol 11 pagi gitula. Sampai je terus check in. Saja je tanya bole check in awal ke tak. Alhamdulillah boleh and no extra charges. Hehe.. The hotel staff also were very nice. Hotel ni pulak terletak depan East Coast Mall. Jalan kaki je. Best gler...

Lepas check in, kami jalan2 kat mall tu and lunch kat situ. Makan ayam penyet haha. Lama giler kot tak makan ayam penyet. Last makan on zaman student. Nmpak je restoren ayam penyet ni, tak pikir panjang da, terus masuk. Puas hati. Haha.. Then shopping2 skit. Kejap je, penat.

Balik hotel, rehat je. Nak mandi kolam, still panas. Da petang tu plak hubby da siap2 nk gi vistana hotel, ada dinner. Kebetulan adik ipar datang visit kitorang, tak la boting sangat kena tinggal ngan hubby, hehe. Malamnya aku layan industan sambil makan jajan, hahaha. Jeles btol ngan hubby dinner halal chinese food kat vistana tu. huhuhu...

Ni aku update blog ni pun smbil tengok industan ler ni. Boringnyaaa.. Aisyah pn da tido da. Cepatlaaa abg balik, I miss u..















Wednesday, April 2, 2014

Hotel Renaissance

Assalamualaikum

This post I just wanna share some ppictures of us at this hotel. As I mention in earlier post, today we're going to stay at this hotel for one night. Its a free gift though from Prudential. Alhamdulillah rezeki Allah kurnia.

My first impression is good. The staffs were friendly, not double standard even though this is a free gift. They treat you the same. Even call to our room whether we satisfied or wanna change room. Very nice kan. Alhamdulillah.

For me I gave this hotel 5 stars. The room is exquisite and elegance. Wifi super laju, haha. Easy for me to post pics or update blog, haha.

Here some pictures :)



























Housewife

Assalamualaikum

Apa khabar semua? Semoga semua gembira suka hati ye, hehe
Cause I'm so happy
Happy being a housewife dalam cuti ni. Bahagia sungguh. Alhamdulillah. Doakan saya suatu hari nanti saya bole jadi fulltime housewife. Sekarang ni belum boleh lagi, kena kerja dulu for a better life.

Salah satu project ataupun benda yang saya suka buat adalah memasak dan baking, yeayyyy... Its like a therapy for me. Bezanya sekarang baby aisyah da big girl, so dia lah yang paling sibuk kat dapur tiap kali mommy nk masak. Favorite place aisyah kat dapur adalah depan fridge dengan pintu fridge tu terbukak. Dia pun sibukla duk 'simpan' barang2 dalam fridge tu. huhu.. Pape pun mommy bahagia melayan keletah adik aisyah ni.











Tuesday, April 1, 2014

Time flies fast

Yepp
Time sure flies fast !!!
Opps assalamualaikum semua

Sedar tak sedar da masuk tarikh 2/4/13
My babygirl da genap 15 bulan umurnya. Makin besar makin comel, makin bijak dan baik hati. Hehe... Apa yang dia makan mesti nak bagi mommy rasa jugak. Sampaikan susu botol dia pun nk share ngan mommy, baikkan my babygirl, hehe. Tq sayang.

2/4/14 means that tinggal 5 hari je lagi cuti ku, huhu... Cepat betul masa berlalu. 2 minggu cuti ni macam baru 2 hari je cuti. Haihhh.. Amirah tak baik mengeluh!!!

Papepun alhamdulillah da habis housemanship, sekarang bermula hidup baru as Medical Officer. Stamp cop tak tukar lagi dari UD41 ke UD44. Alhamdulillah da naik UD44. Syukur bertambah lagi rezeki Allah kurniakan. Sekarang pun banyak dapat tawaran locum di private clinics dari kawan2. Cuma saya belum bersedia nak buat locum or part time di private clinic dalam masa cuti ni. Sayangggg wooo cuti.. Bukan senang seorang doctor nk dapat cuti. Ni pun dapat cuti sebab peralihan nak naik pangkat ke UD44. Gunakan sebaik mungkin cuti ini untuk keluarga. No works during holidayyyy yeayyy !!!

Makin dekat ngan tarikh start kerja sebagai MO ni, semakin berdebar plak rasanya. Borang tukar untuk penempatan kekal tak isi pun lagi. Masih belum buat keputusan nak berpindah ke mana. Kalau ikutkan family, diorang nak aku stay kelantan je. Aku pun kalau bole nak stay kelantan je. Masalahnya hospital berpakar di kelantan da full loaded da. Yang ada klinik kesihatan yang hulu2 sana, taknakla. Kalau aku ke luar negeri kelantan, kesian kat family pulak. Lagi2 atok nenek aku yang bergantung kat aku untuk jaga diorang, bawak balik ubat2 every month, check darah sume. Aku je cucu doctor yang tinggal di kelantan, yang lain semua kat luar negeri. Mintak2 la aku dapat stay kat tanah merah ni. Even hospital daerah je tapi at least specialist hospital. And dapat la aku terus berkhidmat untuk keluarga ku :)

By the way, aku dapat floating medical. Seram jugak nak jadi MO medical yang bakal super duper busy nanti. Aku redha jela. Aku akan cuba my best.

Okey enough pasal kerja. Now the fun part. Esok aku dan hubby dan aisyah akan menginap di Hotel Renaissance kt KB tu je. Sebenarnya kami menginap ni percuma je. Hubby dapat hadiah cabutan bertuah masa dinner kat hotel tu, dinner Prudential Takaful dia. Did I mention my husband is Prudential Takaful agent group Al-Isra', hehe... Tak sabar aih rasanya esok nih, haha.

Okeyla, stop dulula. Nak tido da. Badan pun da penat, baru lepas buat fruits tart untuk mr hubby, glad he liked it.

Good night semua. Jangan lupa basuh kaki dan baca doa sebelum tido :)



Monday, March 31, 2014

I'm on leave ! :D

Alhamdulillah

Da hantar buku log
Da hantar surat ebd posting to my boss
Da dapat tahu floating kat mana.. Medical:) alhamdulillah
Da lulus cuti rehat 2 minggu from boss medical. Baik sangat boss medical ni, even xpernah kerja under dia sebelum ni, on my very first day kt medical terus mintak cuti and she approved it. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusanku.

Currently I'm on leave for 2 weeks. Bahagia tak terhingga. Hehe. Jadu fulltime housewife, pastu layan pulak series Desperate Housewife, terbaikla. Haha.

Well aku suka watak Bree dalam citer ni, elegance, perfectionist in everything. Excellent cooker and baker, rumah dia cantik sgt dan kemas. Sekarang ni da habis season 4. Hubby tak boleh nk download season 5 sebab ada problem skit. Nampak gayanya kena cari kat Speedy ni, hahaha.

Next week punya checklist
- car service and tukar tire plus tires realignment.
- appt with dentist
- spa

Ingat nk pegi office and sambung cuti, unpaid leave pun xpe. Best gler jadi housewife ni. Dapat uruskan rumahtangga, anak, suami. Masak fev foods hubby. Tried new recipes. Its all worth it. InsyaAllah jikalau murah rezeki kami sekeluarga, bila hubby da stable ngan job dia, aku pun da dapat lesen penuh untuk berkhidmat as a doctor, maybe aku akan quit and become freelance doctor. More flexible time and most important things is more time with hubby and aisyah. Thats my goal. My family is my top priority after Allah :) semoga Allah permudahkan. Doakan saya ye:)

Heres some picture of aisyah at playground today :)