Pages

Monday, May 14, 2012

Tips...


Kadang2 kita sbg suami ni xperasan yg kita keras hati kn, asyik nk marah je...
ni tips yg berguna utk pasangan kita, just untuk yg brgelar isteri je ea...(diri sndri yg keras hati mmg x prasan la,hope hubungan yg halal ni kekal sampai ke syurga ;) ...)


Zikir Untuk Melembutkan Hati SUAMI

Zikir ini elok diamalkan oleh isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut hati

1. Ya Aziz
2. Ya Jabbar
3. Ya Mutakabbir

Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekiranya suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan.

4. Amalkan doa ini: "Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"



InsyaAllah...hati setiap manusia berada dalam genggaman Allah swt. Hanya Allah boleh bolak-balikkn hati hamba nya dgn mudah, ;)


ni utk lembutkn hati ea, bukan nk wat suami jd lembut cm sotong,he... 

Sunday, May 13, 2012

it's BBQ time!!!

assalamualaikum semua :)

Hye everyone. may all of you had a great day today. Alhamdulillah to Allah for His rezeki to us. Semalam, saya dan adik-adik came out with a brilliant idea, kami buat BBQ kat rumah. I'm so glad we did it because it was so much fun. Initially saya dan adik-adik nak pergi makan Mc Donald at KB Mall, tapi macam tiap kali saya off je, gi makan fast food. Tak elok untuk kesihatan, then I just voiced out my idea untuk buat BBQ and guess what? Positive response!! So apa lagi, my sis and I rushed to TESCO and bought all alat-alat untuk BBQ. We bought chicken thigh, chicken wings, prawns, sausage, BBQ sauce, and honey. ^^ We're planning for homemade ayam madu BBQ.. nyuuuummmmyyyy
 Sampai je kat rumah saya terus prepared and marinate all the ingredients with BBQ sauce. Honey tu I saved it for last, kiranya buat sapu masa bakar nanti. I marinate the chickens, prawns and sauseges for about 3-4 hours, and I just cant wait any longer for bakar them, haha. My boys prepared arang and tempat BBQ, and my sis and I, we grilled our own ayam madu by ourselves. Hasilnya memang finger lickin, soooo good, hehe. Cepat je habis kena kebas ngan my bros and sis and me, hehe

marinated with BBQ sauce

they're on grill ^^

almost done

tadaaaa.....siap ~_^


adik-adik shaye=)


Thursday, May 10, 2012

majlis sambut menantu 12/3/12

assalamualikum

majlis menyambut menantu diadakan dua hari selepas hari persandingan. kami tak bersanding pun masa majlis sambut menantu ni, just makan beradab dan bilik pengantin je. simple and sweet gitu, hehe. tema kat sebelah suami gold. berdebar gler kot first time pergi sana. rasa macam serba tak kena je. kalau kat rumah riuh je borak2 dengan adik2...kat sana saya jadi pendiam and pemalu gitu....wekk *sila muntah* hehe. 
masa semua family and kaum kerabat balik, meninggalkan daku keseorangan, memang janggal giler. feeling tu rasanya sama je masa mula2 masuk asrama, masa kat matrix. macam homesick pun ada. da jadi bini orang pun still rasa gitu lagi, tapi memang itulah perasaan saya. 
pagi2 bangun awal kot, buat air teh o,haha. kat rumah umi yang selalu buatkan, hehe. tapi parents in law saya sangat2 lah baik, nenek, adik2 ipar dan abnag ipar saya pun semua dapat terima saya dengan baik. alhamdulillah sangat2. syukur pada mu ya Allah kerana mengurniakan ku keluarga yang sangat baik dan mengambil berat tentang ku. bertambah lagi keluarga saya. our big big family. ;)


aksi nerap...hehe



honeymoon

assalamualaikum 

sebenarnya kitorang tak de lah honeymoon sangat pun sebab saya tak de cuti lebih..tak dapat nak pergi tempat jauh2, dapat pergi yang dekat je. itupun selepas seminggu kawen baru berpeluang untuk jalan2 dengan suami. habis je majlis sambut menantu, saya terus bertugas semula, sedih giler rasa. tapi nak buat macam mana, da menjadi tanggungjawab saya, redha jela..
kalau ikutkan hati saya nak pergi honeymoon di tempat lain, kat mana tu biarlah rahsia dulu sebab belum tercapai lagi hajat di hati. kami sempat jalan2 di terengganu, di negeri kelahiran suami, banyak tempat menarik di sana, resort2 dia pun lawa, yang paling saya nk pergi resort kat sana ---> The Aryani Resort. tapi masa kami pergi sana, the aryani da fully booked. itula sape suruh tempah last minute. bukan sengaja tapi sebab cuti tak lulus lagi awal2 tu, huwaaaaa... kemudian kami ada pergi cameron highland jugak, memang cantik tempat tu dan sangat sejuk. terlintas jugak di fikiran nanti MO nak mintak kerja kat cameron, hehe. hubby pun setuju, tapi itu hanyalah angan2 yang datang secara tiba2 je. jauh lagi masa depan, kita hanya mampu merancang, Allah SWT yang menentukan segalanya.


love him forever...<3

snap2 abang tengah drive...:)

my turn pulak,hehe

newly wed:)
orang nak ambik gambar, dia pun cbuk nak enter frame...hubby cyg
di ladang strawberry..

abang with chocolate fondue and strawbeery sundae....nyummmyyyy ^^




bunga segar di cameron

dinner with steamboat di malam yang dingin memang sangat best

Cameron Valley tea farm....saujana mata memandang...masyaAllah




my wedding 9/3/12

assalamualaikum...

alhamdulillah, akhirnya tercapai jugak hajat saya nak post about my wedding. 9 March 2012 adalah tarikh yang sangat2 bermakna buat saya kerana pada hari inilah saya sah menjadi isteri orang. isteri kepada Mohad Asyran Mohd Noor. waah tak sangka da jadi isteri orang sekarang, hehe. syukur dengan segala nikmat Allah kurniakan kepada saya dan kawan2 semua. dulu zaman sekolah dulu, selalu tertanya2 sapela agaknya yang akan menjadi suamiku, macam mana rupanya, kelakuannya. nah, sekarang da terjawab. hehe. tq Allah.
 nak cerita la seket bagaimana perasaandi saat sebelum dan semasa sah menjadi isteri orang ni.hehe..sebenarnya pada minggu terakhir sehinggalah hari terakhir sebelum majlis akad nikah, saya stiil kerja, sebab cuti memang sangat limited, cukup2 untuk majlis je. nasib baik ramai yang tolong, terima kasih semua terutamanya umi abah ayahsu, su dan yang lain2. malam sebelum akad nikah, mata memang susah nk lelap, asyik duk teringat hari esok je. walaupun tido lambat malam tu, tapi esoknya awal giler bangun. semangat semacam je nk bangun pagi, hehe. pagi tu top up lagi inai di jari,hehe. dalam pukul 9 pagi, mak andam da sampai dengan pembantu dia. siap2 pakai n make up sume dalam pkul 11.30 pagi.walaupun duk dalam bilik aircond, still berpeluh, berdebar kot.hehe. alhamdulillah tak lama kemudian pihak lelaki sampai. akad nikah berjalan lancar dan dengan sekali lafaz sahaja saya sah menjadi isteri kepada abang asyran. TQ Allah.


sebelum akad nikah....dup dap dup dap...hehe

alhamdulillah....sesudah akad nikah...syukur Ya Allah

di hari persandingan...tema peach..

belarok...hehe

bersama adik ipar shaye...miss ayu;)

pic ni credit  to adik ipar shaye miss ayu....cantik and kreatif kan gambar dia.. tq ayu;)