Pages

Sunday, August 28, 2011

^^ da survey tread mill da ^^ hehe

alhamdulillah....
kalau korang ad baca entry aku yg sebelum ni, aku ada ckap nk beli tread mill. aku da pegi survey da tread mill yang sesuai. dalam duk survey tu, aku ada terjumpa satu kedai ni yang ada great promotion. kedai takasima. promotion diorang bagi aku leh buat drooling of saliva jugak la,hahah...ataupun sebab mindset aku memang da occupied ngan idea nak beli treadmill ni, so sume pn bagi aku nampak macam sangat best.

memandangkan aku da lama pasang niat nak beli treadmill ni, aku rasa sejak aku belajar di university lagi kot. tapi masa tu ada kekangan kewangan. nk guna simpanan jpa, terasa macam sayang pulak, lagipun duit jpa tu baik aku guna untuk belajar, lagi berfaedah kot. so, aku postponed dulu niat untuk membeli tread mill. lagipun masa di kolej dulu memang da ada tempat untuk berjogging, view pn cantik. sekarang?masa tak de, tempat ada tapi malula pulak rasa nk jogging dalam hospital ni, heheh. maka, azam untuk exercise hanya tinggal janji manis saja sejak aku bekerja. 

harga dan promotion apa, aku tak dapat nak bagitau lagi la kat sini. next entry aku cite details. promotion takasima ni berakhir before raya, tapi masalahnya aku pegi survey pun da 2 hari before raya,huhu. (sebab gaji baru masuk, haha) so aku just dapat booking jela dulu, tak dapat uruskan payment dengan details lagi sebabnya tak bawak segala documents. mula-mula tu aku agak berat hati jugakla, tapi setelah berbincang dengan parents, asyran, diorang sume menyokong keputusan aku, so aku go on je la..hehe

insyaALLAH, kalau ada rezeki aku, dapat jugak aku beli tread mill tu. tak sabo den nak guna.hehe...melalui penerangan sales girl and maklumat yang aku dapat dari internet, brand takasima ni not bad la. banyak testimoni2 user2 takasima di internet yang berpuas hati dengan brand ni. insyaALLAH....
yeah, misi jangka masa pendek, dapatkan treadmill takasima. misi jangka masa pnjang, turunkan berat untill berat aku 45 kg!!! heheh ^^



Tuesday, August 23, 2011

Semoga BerTemu Lg Tahun Depan...ya Ramadhan...

terasa rugi plak x guna rmadhan kali ni betol2, da nak habis pn...
semoga kita semua mndapat segala kebaikan, keberkatan dan pengampunan yg dijanjikan oleh Allah swt dlm ramadhan yg mulia ini...

kat cni nk share vid ustaz azhar idrus...
best ust ni, x boring dngar ceramah dy, sape2 yg biasa youtube tu, leh la dngr ye, xrugi..


Sunday, August 21, 2011

Suasana Hari Raya - Anuar & Ellina

Da dekat nak raye ni, ambo nk post lgu fav...



Selamat hari raya pd cik Amirah Saihah, keluarga dan semua kwn2, enjoy...

Friday, August 19, 2011

tips:cara belajar dengan berkesan...

assalamualaikum semua....

gara2 mempunyai masa lapang petang ni, mula lah aku terasa nak menulis di blog aku yang tak seberapa ni. entry kali ni aku nak bagi tips sikit tentang cara belajar dengan berkesan. err, tak taula nape terasa nak bagi tips pulak...;p alkisah nya semalam adik aku tanya macam mana nak belajar dengan berkesan, so aku dengan panjang lebarnya explain kat dia, tak taula dia paham ke tak ^_^!. so, aku nak share la ngan korang semua, kot2 la korang kena soal macam tu nagn adik korang ke kan... tips yang bakal aku bagi ni berdasarkan pengalaman aku dan pemerhatian terhadap member2 aku zaman universiti dulu...


1) Baca bismillah dan doa 
bagi aku, ini satu kemestian yang teramat sebagai ummat islam sebelum kita sentuh buku, baca bismillah dulu, lagi bagus kalau di sertakan dengan doa sekali. mudah-mudahan, ALLAH permudahkan kita belajar, memahami dan menghafal apa yang di baca. semoga ALLAH memberkati ilmu yang kita pelajari=)

2) Goals yang ingin di capai
sebelum baca buku, tetapkan goal kita or target yang di capai. make sure korang jangan stop selagi tak capai target yang korang da buat tu. tapi kena munasabah la. janganla korang target nak habiskan buku setebal alam tu dalam masa sejam, pastu depress kalau tak capai target,hahah. tetapkan target dengan apa yang korang mampu buat, slow2 naikkan target. ok? ^^

3) tempat belajar yang selesa
haa, yang ni pun salah satu key untuk mendapat kan hasil belajar yang bagusssssssss. tempat belajar ni termasuklah bilik korang, tak kiralah kat rumah ke, kat hostels ke, kena la kemas dan tersusun. pastikan pengudaraan dan pengcahayaan yang cukup untuk korang study dengan selesa. bukak tingkap luas2, bagi terang sket bilik. barulah semangat nak study kan. kalau bilik pn redup, ala2 romantik gitu, mata pn mula la redup jugak...kan? pastikan meja study korang kemas, teratur, dan bersih. barulah semangat dan seronok nak study.

4) jadual belajar
okey, yang ni optional. korang nak buat pn boleh, tak nak pun takpe. aku dulu pn macam chipsmore, kadang2 buat jadual, kadang tak buat jadual sebab malas nak follow. haha.. depends la, ada member aku memang belajar guna jadual. sebab tula aku macam semangat nak buat jadual jugak, tapi kejap jela, sebab tiru orang kan. so, moral of the story, kalau nak buat pape, jangan tiru orang tapi ikut ksesuaian masing2. ada jadual belajar bagus jugak sebenarnya sebab ianya membantu kita belajar dengan sistematik dan efficient. so, keje pun cepat siap dan dapat belajar dengan banyak dalam jangka masa yang pendek. kan bagus tu...

5) mempunyai peralatan belajar yang cukup
mempunyai peralatan basic tu memang wajib la. korang pun mesti da tahu kan, kena la ada alat2 tulis, kertas A4, buku2 rujukan, computer. etc. nanti ada yang tanya, kalau takde computer, takde buku rujukan, cam mana? sebenarnya banyak cara lain untuk mengatasi masalah ni. jangan jadikan alasan untuk tidak belajar. aku dulu pun zaman sekolah dan matrik, mana ada semua tu. buku rujukan boleh di pinjam di libry, kalau tak de computer, bole pegi cyber cafe untuk siapkan keje. insyaALLAH, usaha tangga kejayaan=)

6) belajar di meja, bukan di katil!!!
okey, belajar di katil ni memang a BIG NO. ingat, katil untuk TIDO, bukan untuk study. sila study di MEJA. korang hanya tipu diri sendiri je bila cakap lagi masuk study kat katil. memangla masuk, untuk tido....masyukkk n syiokkkk gtu. so adik2, sila study di meja ya. a proper place to study.


7) music or no music?
optional. for me, no music. aku memang dari zaman sekolah lagi, kalau belajar tak boleh ada distraction. jangan kan music, orang bercakap pun aku tak boleh tahan. mula la temperature naik, haha. so, sape nak cari nahas dengan aku, bole la kacau aku study, memang cari pasal....hehe, sowiiiiiiiii....tapi ada sesetengah orang ni, belajar dengan music. contoh terdekat adik aku, sejak dari zaman sekolah, memang radio terpasang sepanjang dia study. so, up to u guys, nk music ke xnak music.

8) waktu belajar yang sesuai?
rasanya ramai yang agree dengan aku. waktu pagi dan malam. waktu pagi, lepas subuh, jangan tido, terus pegi mandi. memang susah kan especially hari cuti. I admit it, memang aku pn susah nk buat, tapi kena lawan jugak perasaan MALAS ni. Nabi pn cakap study waktu pagi mudah masuk. pintu rezeki luas waktu pagi. badan kita fresh, sebab da dapat rehat yang cukup. cuaca pn sejuk dan fresh pada waktu pagi. start pkul 7 am, study 2-3 jam pn da bnyak ilmu yang masuk, compared to waktu lain. pkul 10 am gtu, rehat la kejap. kalau aku, tido balik kol 10 am, tido dalam sejam, hehe...malam pn sesuai untuk study, esp weekdays. yela, pagi2 pegi kelas. petang rehat, malam study=)

9) study group
sangat berkesan okey. masa aku posting di kolej 17, bnyak tmpat2 study group yang sesuai. memang dapat belajar dengan sgt bnyak dalam waktu yng singkat. bnyak persoalan di timbulkan dalm study group dan cari jawapan sama2. ilmu pn lagi lama melekat kt otak daripada belajar sendiri. dulu aku pn jenis yang tak suka study group, belum cuba lagi aku da judge and cakap tak berkesan untuk aku. sekali, masa final year, member2 ajak, aku pn give it a try..walah, memang berkesan ok. so pliz give it a try, tp kalau memang tak berkesan jugak, jangan teruskan , nati buang masa pulak..

10) tidur yang mencukupi
sangat2 crucial. tido yang cukup, means badan kita dapat rehat yang cukup. bukan setakat badan je, otak kita pn dapat rehat yang cukup. ingat tak penat ke study? nampak je macam tak bergerak, duk tercongok kat meja, tak gerak, tapi penat woo....penat otak...so, tido yang mencukupi, at least 8 jam, sgt penting. 8 jam tu pn sebenarnya da banyak tu, aku dulu zaman belajar, paling bnyak pn 6 jam je, wuwuwuwu. yg sebetulnya 8 jam.


cukupla tu kan? da 10 tips tu...heheh...harap2 ianya dapat membantu...thanks for reading this=)selamat berpuasa semua...study di bulan pose ni dapat pahala banyak, yang penting kena ikhlas ^_^


Monday, August 15, 2011

persiapan raya zero??

raya tahun ni macam suram cket.....
tak ada persiapan pun yang da di buat setakat ni

kain pasang da beli, 1 je la...
lama da beli tapi tak jahit2 sampai sekarang
konon2 tak de masa la, sibuk keje...

rasa macam nak beli baju yang da siap je, senang
tudung raya tak de, kasut raya pun tak de, handbag lagi la tak de...
apa yang bole recycle, guna je, bukan nya orang perasan pun guna handbag or kasut yang sama,hehe

malam raya aku kena oncall sampai pagi raya...huhu T_T
tak pe la, kira okey la tak kena oncall hari raya pertama...

dengar citer bonus raya da masuk
tapi aku tak pegi check lagi la
mintak2  la HO yang baru keje ni dapat bonus jugak, bole la shopping baju raya,hehe

pape pun, kena sentiasa berjimat cermat
jangan ikutkan hati shopping untuk raya
bersederhana lebih baik dan afdal dari membazir
ALLAH pn melarang hamba2-Nya membazir....ingat tu...=)

 

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN ^^
(tak terlalu awal kot untuk ucap slamt hari raya kan? )

Sunday, August 14, 2011

da sebulan da....

......sy keja!!!
yup, da sebulan da keje....
kejap je rasa...

okla, xla seteruk masa mula2 keje
da bole adapt da sket
alhamdulillah...

tambah happy lagi bila berat sy da turun 3 kg
hehe ;D
mungkin bagi korang sket je turun 3 kg in one month...
but for me, ianya satu anugerah...hehe

dalam sebulan ni sy dapat ramai kawan2 baru...
semuanya baik2, sporting dan banyak membantu
thanks semua...
ALLAH je dapat balas jasa korang semua...
thanks again ^^

Wednesday, August 10, 2011

dilema.........


hmmmm....

tak tahulah, betol ke keputusan yang aku buat ni
ada yang cakap terburu2
ada yang menyokong
ada yang cakap go with the flow

msalahnya flow xpernah nak smooth pun
bukan nya sekejap, da lama da pun
entah la....

semoga ALLAH berikan petunjuk...
tak tahu da nak buat macam mana lagi
tak tahu nk baiki macam mana lagi
tak tahu mana silap nya lagi...

poning kepala den
penat duk pikir
last2 nya, buat derk jela yang terbaik
jangan pikir
nanti tension diri sendiri

for now, tak perlu kot aku nk terburu2
tengok keadaan dulu=(
keje pun baru nak stabil ni
kenapa la tak pernah nak settle....
sedihnya rasa.....

ujian kot...
ada hikmah di sebalik semua ni
sabar mirah....
langit tak sentiasa cerah....

rasa nak beli tread mill.....hahaha

salam semua....

pejam celik, da 3 minggu aku keje....
tp yg peliknya, berat aku tak turun2, maintain je, tak naik, tak turun....
tension jugak bile pkir berat tak mo turun ni....adoi

membuatkan aku ada idea baru....
nak beli tread mill,haha
bagus jugak tu, lagipun aku memang jarang beriadah sejak da keje ni
dulu, zaman belajar, ada jugakla brisk walking petang2
tp skrg? bed club!!!! haha

kalo post call tu memang tak dapat den nak nolong la
balik je bilik, terus collapse
tapi tyme kerja biasa, tak de onkol, bole la nak guna tread mill tu
at least kua peluh jugak aku ni

keje di ward memang penat, tp more on mentally, bukan physically (kecuali post call)...hehe
sakit kaki berdiri lama2, tapi tak de la sampai berpeluh lencun keje....
patutla berat tak turun2...

orang lain rileks je, tak yah exercise pn bole turun berat
aku ni memang jenis yang low metabolism kot....
kena exercise baru nampak hasil
kalau setakat jaga makan je, tak menjadi sangat
kena di sertakan dengan exercise
unless kalo jadi anorexic la...
bole ke?aku memang tak bole la nak sekat mood makan i ni, haha

first gaji, nak reward diri sendiri, pegi beli tread mill....haha
insyaALLAH....

Saturday, August 6, 2011

untuk encik Asyran....=)

salam ramadhan untuk semua dan untuk encik asyran juga=)

post ni di kira post reply la untuk post dy yg sebelum ni,hehe....

sy tengah onkol ni malam ni, ada masa free sket skrg....da pkul 12 mlm da...

tq ek untuk post awk tu, means a lot to me...

memang tension keje HO ni, awk pn tahu kan...

tapi sy memang xde keje lain....sy redha je

janji awk sapot sy sokmo ye....

bila nk balik kampung? bukak puasa sama2...

asyik bukak puasa di ward je sy ni....alhamdulillah, dpt mknan free, sedap pulak tu,hehe

i miss u....sori la, sy xpandai la nk buat ayat bunga2 ni....

tp semua ni ikhlas dari sy

tentang cuti tu, sy cube apply yg terdekat yg boleh ye...

sy baru keje, sy tak nak la demand2 sangat....kita org baru kat sini...

awk belajar rajin2, nanti mntak keje kt kelate deh...hehe

assalamualikum =) got to go, ada new case masuk....

tata