Pages

Saturday, April 30, 2011

macam mana nak turunkan berat badan neh??

neway, if u all must know, berat badan aku naik almost 9 kilos in about 5 months..
banyak gile kan? tak penah2 lagi aku naik berat badan mendadak macam ni

masa sem lepas, i mean 5 months ago, berat badan aku 47 kg...
and now 56 kg....haha....damn!!!

semua ni gara2 terlampau stress
stress dengan professional exam 3
stress giler....asal stress je, perut aku lapar
tapi masalahnya bukan lapar nasi, lapar junk food, chocolate, ice-cream!!!

makan bnyak2, lepas tu tidur sebab post-meal hyperglycemic state
banyak jeans and kebaya2 aku dah tak muat nak pakai...
now, again stress sebab berat badan yana naik mendadak ni,...huhu

macam mana nk buat ye?
beli juice mate 5?hahah
well, i think, jalan yang paling berkesan adalah kurangkan makan bercarbohydrate tinggi
bnyak makan buah and sayur2an sebab ianya negative calories...
maksudnya calory yg digunakan body untuk hadamkan sayur and buah lagi tinggi daripada calory yg body dapat dari proses penghadaman tu..itu yang bagus tu

then, kena exercise...everyday okay...sekarang WHO punya guideline kena exercise every single day, bukan 3 kali seminggu macam sebelum ni
kira calorie yang di makan setiap hari
semua ni memerlukan discipline yang sangat tinggi, kena istiqomah...
bukan senang tu nak istiqomah gini...
tambah2 nak kena give up all the very delicious food, fast food....T_T
susah...aku tabik spring la kat sape2 yang berjaya menurunkan berat badan dengan jayanya..hehe
(mcam mana nak tabik spring ek?haha)


skrg da abes exam, plan nak gi jalan2....
masalhnya sume plan aku tu involve dengan tempat makan yang best2
adoi, macam mana ni....keliru keliru...haha
my asyran pulak suka sgt bagi makan best2....dia cakap tak sampai hati nak larang aku makan,...dy kesian kat aku kalo buat cam tu....alololo....haha...agaknya aku ni asal makan je, mood happy, manic terus...haha

i will loss my weight.....
aku boleh...yes!!!
lpas ni nak g makan kat bandar baru bangi ngan asyran and his friend...oyeah!!!....
work out esok la...haha...damn!!

Thursday, April 28, 2011

alhamdulillah.....sy pass =))

hari ni 29 Februari 2011, jumaat, merupakan hari yang paling bahagia dan bersejarah sepanjang sy bergelar medical student di UPM tercinta
alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan izin ALLAH, dengan rasminya sy lulus exam pada hari ini dan bergelar seorang doctor...alhamdulillah...

pagi ni, pkul 8.30, sy dan gbam, my housemate, terkejar2 ke dewan mesyurat di level 4 faculty of health science and medicine, kerana result akan di umumkan di situ

mula-mula, ad briefing about program khidmat masyarakat yang kitorang kena pegi lepas ni, di johor
lebih kurang program anak angkat la, kena stay rumah parents angkat and macam2 lagi la..
macam menarik...
tapi hati tak tenang, asyik sakit perut je, sebab result xannounce lagi

about 2 hour later, doctor dtg ckap kena crush meeting untuk announce result...
this is it....waktu yg ditunggu2 selama ni...

dean, Prof Dr Norlijah, masuk bersama doctor2 lain dalam meeting board...
dean announce nama2 yang lulus sahaja
satu persatu my friend's name were called

bila la nama aku nak kena sebut ni
tetiba, dean announce.....DR AMIRAH SAIHAH, CONGRATULATION DR

YA ALLAH.....aku terus bnagun, beri tunduk hormat, and ucapkan terima kasih
airmata tak dapat di tahan lagi da...laju je mencurah2

bertambah2 happy bila kawan2 baik ku semuanya lulus
berakhir juga perjuangan aku di upm selama 5 tahun
berakhir juga penat lelah ku selama 5 tahun

and today, a new era of me...
the very 1st thing I have to do is to fill up the Malaysian Medical Counsel form and pass up before next thursday
semua doctor di Malaysia wajib mendaftar di MMC before keje
aku nak cuti puas2...movie marathon...
esok pakcik datang amek barang2 aku dgn hilux dy tuh....nasib baik pakcik aku dapat dtg, coz abah kena gi amek barang2 adik aku, yang akan abis belajar 2-3 hari lagi, di melaka...

kalau tak, memang tak muat la dmax abah nak angkut sume
sekarang pun da 10 kotak barang2 aku, especially buku2 kesayangan aku ni...
sayang sangat kat buku2 undergrad aku ni...
agaknya da beribu kot habis duit jpa beli buku
tq so much jpa....
kenangan terindah di upm

walaupun aku happy, tapi aku sedih jugak mengenangkan kawan2 yg tak lepas
mungkin tak ada rezeki...harap sabar banyak2, selawat bnyak2....T_T
sedih sebab lepas ni akan berpisah dengan kawan2 kesayangan ku
sedih sangat tadi....tak berhenti2 mengalir air mata...saya sangat sayangkan kawan2 saya sume
hanya ALLAH je dapat balas semua jasa baik kawan2...

tq jugak kepada doctor2 lecturer kami semua yang banyak membantu
tak putus asa memberi tunjuk ajar kepada kami
sungguh besar jasa doctor2 semua
akan saya gunakan sebaik mungkin ilmu yang di ajar kepada saya untuk menjadi seorang doctor yang muslimah, baik hati, dan dedikasi...tq soooo much doctor2 semua...

alhamdulillah.....rezeki ALLAH SWT kurniakan kpd kita semua =) <3

kamen rider kepong??? (must see...he)

wahh...sy nk share 1 video lawak, mmg kelakar habes...dialog pelakon ditambah dgn efek yg boleh tahan laa...hope u guys enjoy...


Tuesday, April 26, 2011

post-exam

alhamdulillah.....syukur ke hadrat Illahi kerana hari ni, 26 april 2011, berakhir exam professional 3 ku...
tapi untuk kawan2 yang belum habis lagi, good luck to you all=)

malam before exam sempat lelap about two hours je...
siap mimpi exam lagi....tapi tak pulak mimpi kes ape yang kua,hehe
tak bole tidur...restless yang amat...huhu

aku start with short casses dulu, at 10.30 am...
pagi before exam, rasa macam nak pitam
penat giler bile nervous tak berhenti-henti berjam-jam!!....
kol 9.40 bertolak ke hospital serdang....kena quarantine dulu

dalam quarantine room, tetibe member tanya 'babe, mana jam ko?'
OMG....OMG OMG OMG...i forgot to bring my watch!!!!
terkedu sekejap....ya ALLAH, kelam kabut punya pasal
satu beg penuh bawak alat2 untuk exam, segala mainan untuk peads, everything ada, except jam!!
cepat2 aku kuar dari bilik quarantine tu, pinjam jam ngan nurse upm....kak nurul...thanks a lot kak
sangat2 penting kot jam tu untuk kira pulse rate, resp rate...huhu T_T

bertambah2 nerves aku di sebabkan jam tu...
lepas sorang, sorang my friends were called for their turn
perut dari pagi tadi colicky pain and diarrhea

sampaila my turn...aku dapat case gyne, surgery, and respiratory
tapi my last 3rd short case, i din do very well...huhu....tak pela, da lepas, tawakkal jela...
cuak sebab 4 org examiner duk observe aku check patient...T_T
CARELESS!!!

for long case, 2 external examiner and one upm lect
case atypical schizophrenia
agak tough msa nak dapat history because patient had multiple complaint
have to rule out organic brain disease because she was referred from medical team (initially suspect to have brain tumor)

during Q&A for long case, i was asked about shcizo itself, and medical things as well (SIADH, epilepsy, brain lobes, EEG, etc........)


risau sangat-sangat dengan short case...harap-harap segala2nya berjalan lancar...
this friday is penentu~ again nerves :"(


have to pass theory part and clinical part....clinical part kena pass both short and long case independently.....huwaaaaaaaa

pray for me friends........

Monday, April 25, 2011

Wanita....

Ramai yang tidak tahu bahawa ada beberapa pekara yang telah tercatit dalam hadis yang mengisahkan perbezaan darjat kaum wanita dan lelaki. Perbezaan-perbezaan ini yang menaikan darjat kaum wanita.Ciri-ciri tersebut disesenaraikan di bawah ini :-

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dlm rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dgn 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin,maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkanya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang mengembirakan akan perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12.Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?? Jawab Rasulullah,"Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13.Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14.Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah dari mana? mana pintu yang di kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah...wanita sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.

kpd si'dia', kuatkan semangat dalam apepun yg syng buat ea...

Friday, April 22, 2011

list name for clinical exam da kuar and anniversary day^^

I just came back from study with my dearie housmates....penat sgt2...
Hari ni sehari suntuk tak online lagi...and now da 12.40 am....
Tetap semangat bukak blog and facebook kejap untuk meng'update'kan diri dengan info2 terbaru kawan2...hehe

pagi tadi, list name untuk clincal exam next week da kuar....
mine is on tuesday, start with 3 short cases first, then followed by long case....
ok la, at least bukan kena hari isnin....mine is second day, so extra 1 hari untuk pulun study


walau apa pun, keputusannya nanti, itu adalah suratan takdir....semuanya ALLAH da tetapkan
i keep telling this to myself, so that i will have confidence in myself and have faith to ALLAH SWT

setiap yang terjadi ada hikmah nya yang tersendiri
tak sabar nak habiskan exam, tapi at the same time, sgt takot....tawakkal jela


one more thing, today is my anniversary day of my relationship with asyran
22 APRIL 2010.....
tapi bole pulak sy lupa....because my mind is preoccupied with all the exam stuff already
pagi tadi, lpas subuh, he called....cakap cam biasa je...tapi before letak fon, dia tanya sama ada saya ingat tak hari ni hari apa.....zapppp....terus teringat....our special day....soriiiiiiiii dear, tak sengaja ;p
masalahnya tak prepare apa2 pun....no gift, no card...nothing....btol2 terlupa...
last month da ingat da, tak sabar tunngu tarikh ni, tapi hari ni?? sgt2 terlupa...sy xsengaja, sori again

tapi takpe, dia tak marah pun....dia faham, saya tengah musim exam, biasala....hehe
tengah  hari tadi sy da beli hadiah sementara----> cadbury chocolate....with post note on it!!! memang hadiah express...hehe
we do have big plan later....cume belum masanya lagi....lepas exam ye dear....sekarang tak bole kacau=)

Wednesday, April 20, 2011

2nd and 3rd day professional exam.....

assalamualaikum everyone...

I did not post a blog about what happen on my second day of exam, and today, 20th of April, is my 3rd day of exam...

there is only one word that I can say about it-----> TOUGH...
what makes it so difficult is because of limited time that we had to answer all the questions..

I really2 need to do very well in clinical exam next week...
what past is past, i need to face the future.....walau apa pun, I need to have confidence in myself and faith to ALLAH, Tuhan yang MAHA ESA, pencipta kite semua...

lulus ke, gagal ke, terima dengan redha....
memang perit sangat2 kalau result yang kita dapat nanti tidak seperti yang diharapkan...
sedih, kecewa, down, depressed, malu....tapi ianya sudah tersurat....
like I said before, segala2nya bergantung pada rezeki masing2...

i'm a bit an anxious person, especially when it comes to exam
i know, everyone feel nervous during exam...
but, i do not know how to hide my feeling, my emotion...it always all over my face
bila da nervous, mula la thought block...benda depan mata pun bole tak nampak
da habis exam, elok je kuar sume jawapan dalam kepala
memang susah la jawab soalan under pressure and limited time
takot jugak kalau tak dapat do well in exam, not because of difficult case or, sebab tak tahu, tapi sebab anxious!!!....huhu....

walau apapun, i did my best...ada jugakla yang careless tadi sebab i was too close with the pictures, and intsrument, and flight of ideas and answers in my head, sampai kan tak nampak obvious thing glaring at me....!!!huhu
i need my ummi and abah STAT....huhu





good luck everyone in ur life, and good luck to myself too...
bye=)
wassalam

Sunday, April 17, 2011

1st day of professional 3 exam 18 april 2011

18 april 2011

assalamualikum..
ari ni my first day of exam....final professional 3 exam....exam academic terbesar sepanjang brgelar undergraduate medical student di UPM tercinta...hehe

400 questions in 2 hours.....hampir berasap otakku pagi td....hari ni MCQ je(objective question)....
tomorrow is MEQ (essay)....6 questions cover 6 major posting....
lusa OSCE....ape yg membuatkan exam osce kali ni mencabar, sebab ada interactive OSCE with patients....setiap station kalo tak silap di beri masa 5 minutes je,huhu....20 questions, 40 stations..
next week pulak exam clinical at hospital serdang- one long case, 3 short casses....with 3  EXAMINERS!! takot yg amat sangat....lagi2 kalo dapat external examiners....huhu.....

kawan2 di UKM, UM, UMS da abes pro exam....kawan2 di USM sedang exam skrg, same ngn UPM...good luck untuk kwan2 di UITM yang bakal menduduki exam next week 25 april...all the best
semoga ALLAH permudahkan segalanya...
ya ALLAH ya TUHANKU, kuatkanlah semangat ku untuk menghadapi dugaan ini...

walau apapun, aku da redha, tawakkal....tp i won't give up....aku akan usahah sampai depan pintu dewan exam nanti....my last bit of journey...

i have made up this far, and i won't give up easily....
segalanya terserah pada ALLAH SWT.....kalau ada rezeki ku, insya ALLAH lulus...
andai kata belum masanya aku bergelar doctor, kena extend study for another 6 months, maka bukan rezeki aku la tu,huhu.....

kepada kawan2 yang baca blog ku ni, i'm so sorry kalo lama tak chat ngan korang, tak on skype or ym, tak update facebook, tak balas messege......i'm sooooo sorryyyyyyy sgt2.....lepas exam berakhir, aku akan active semula=)

di kesempatan ini (skemanya,hehe)....sy nak mintak maaf banyak2 kat sape2 yg sy pernah sakitkan hati, tersinggung perasaan, terkasar bahasa.,....sorryyyyyyy..
i'm just a normal person, tak lari dari membuat silap...
i'm still learning from past experiences....
tolong doakan sy lulus exam kali ni.....thanks

Saturday, April 9, 2011

ikhlas~

salam semua.....

gara2 da boring study, kepala pn da pening....badan penat otak penat, tiba masa untuk blogging pulak,hehe

petang tadi pegi brisk walking ngan bam, my bff aka housemate, lapang sket otak yg tengah serabut dengan macam2 masalah lately...

tp walau apapun, kita buat kerja kena ikhlas, jangan mengeluh....
chaiyok2 mira, study dengan ikhlas, pegi kelas revision dengan ikhlas, berkawan dengan ikhlas, everything buat dengan ikhlas, barulah hati akan tenang, tak gitu?

one more week to go before final exam....then exam 2-3 weeks, seram!! then free.....bole rehat sepuas2 nya, movies marathon, desperate housewife complete seasons, chuck, gossip girl sedang menunggu...thanks abe yo sebab tolong donlod2 all tv series my fav....tq soooooo much...nati mira belanja makan bila da stat keje,hehe

apa yang berlaku dalam hidup kita, ada hikmah yang tersendiri, and just remember, what goes around, comes around....so, just be patient andt thankfull always to ALLAH....

masalah sebesar gunung sekali pun, cabaran dan dugaan sehebat mana sekalipun, mira, ingat, hadapi dengan tabah.......ALLAH will always be with you....insyaALLAH, time passed, and everything will be okay as it should be or org france sebut 'comme il se doit'.....hehe

wish me luck for my exam....i could really use any advice or kata2 semangat from anyone anytime now....

~toodles~

Wednesday, April 6, 2011

Things You Can Do With Your Loved One

- Whisper to each other

- Hold hands.

- Buy gifts for each other

- Roses.
 
- Find out their favorite cologne/perfume and wear it every time you're together.

- Stand up for them when someone talks trash.

- Say I love you and make sure they know you mean it.     

- Give random gifts of flowers/candy/poetry etc

- Tell her that she's the only girl you ever want. Don't lie.

- Look into each other's eyes.

- When in public, only flirt w/ each other.

- Put love notes in their pockets when they aren't looking.

- Buy her a ring.

- PDA = Public Display of Affection.

- Tell her about how you answered every question in math with her name.

- Do cute things like write I love you in a note so that they have to look in a mirror to read it.

- Make excuses to call them every 5 minutes.

-Even if you are really busy doing something, go out of your way to call and say I love you.

- Ride home and call them.

- Learn from each other and don't make the same mistake twice ever again.

- Everyone deserves a second chance.
 
- Make sacrifices for each other.

- Dedicate songs to them on the radio.

- Fall asleep on the phone with each other.

- Watch the sunset together.  

- Wear his clothes.

- Go for a long walk down the beach at midnight.

- Go hiking and camp out together in the woods or on a mountain.   

- Take her to dinner and do the dinner for two deal.  

- Spaghetti* (Ever see Lady and the Tramp?)  

- Describe the joy you feel just to be with him/her.  

- Cook a new recipe together.

- Make a card for each other.

- Make a book titled 50 things I like about you.

- Go to the library, and share neat books.

- Write each other a love letter. Put some thought and work into it.

- Have a picnic. You can even do this in the living room. 

- Never forget the kiss goodnight. And always remember to say, "Sweet dreams."

Monday, April 4, 2011

Kisah Rasulullah sebagai pengajaran

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. 

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang." 

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya. 

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia." "Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s. a. w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?" 

6) Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat. 

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,  "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?" "Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."  "Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.  Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.  "Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanankami tidak akan mendapatkannya buat tuan?" Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?"  "Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."


8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan. 

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan. 

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. 

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"  Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."

hati yg kosong tanpa kasih dan rahmat ALLAH SWT....

assalamualaikum

lama sudah sy tidak mencoretkan sepatah dua kata dalm blog ku tersyang ni...
sori kwan2 blogger....busy lately....

skrg pn sy tengah study week for 2 weeks....
itu pn tiap2 hari ade kelas revision....tension T_T


'hati yg kosong tanpa kasih dan rahmat ALLAH SWT'
tajuk yg akan sy kupas pda hari ini...cewah, bajet penceramah plak,hehe
nauzubillah....sebagai peringatan pda diri sy dan insyaALLAH kawan2 di luar sana

sy tau diri sy dan kite semua x sempurna
tapi kite boleh mencuba ke arah kesempurnaan itu
alangkah malang diri kite tanpa kasih dan rahmat ALLAH
umpama madu tiada manisnya, umpama bunga tiada serinya
susah ke nak dapat kasih dan rahmat ALLAH?
tepuk dada, tanya iman


semoga kite semua tergolong dalam golongan hamba2 ALLAH yg terpilih untuk mendapat kasih dan rahmat ALLAH
semoga kite semua terpilih untuk di masukkan ke syurga ALLAH yg indah dan kekal abadi
semoga kite semua terpilih untuk menerima hidayah dari ALLAH SWT
semoga ALLAH mengampunkan semua dosa2 besar dan dosa2 kecil, yg sengaja mahupun tidak sengaja
aminnnnn....


alangkah malangnya kite tanpa rahmat dan kasih ALLAH
hati sentiasa dalam ketakutan, gelisah, dan tidak tenteram
hidup tidak teratur, tidak terurus dan segalanya menjadi kucar kacir
kehidupan seharian di rasakan sangat perit, tidak lancar, dan tiada kegembiraan
hati penuh syak wasangka dan sentiasa berada dalam keadaan amarah dan sedih


ya ALLAH....ampunilah kami, ampunilah dosa2 besar dan dosa2 kecil kami, yg sengaja mahupun tidak sengaja YA ALLAH,  jauhkanlah kami dari api neraka-Mu, jauhilah kami dari siksaan kubur dan hari akhirat, dan cucurilah rahmat-Mu ke atas kami dan keluarga kami....kasihanilah kami ya ALLAH, jgnlah ENGKAU pesongkan hati kami setelah ENGKAU berikan petunjuk-Mu YA ALLAH....sesungguhnya ENGKAU Tuhan yg Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyanyang...sesungguhnya sifat penyayang-Mu melebihi sifat murka-Mu YA ALLAH...tunjukkanlah kami jalan benar dan lusrus terhadap-Mu YA ALLAH, KAU permudahkanlah urusan seharian kami, berkatilah hidup kami di atas muka bumi-Mu ini YA ALLAH..aminn






Sunday, April 3, 2011

Anugerah yang terbaik dan terburuk!


Dah lama blog ni ade entry baru,

so, kali ni teman nk share info sket...

Anugerah terbaik: ucapan terima kasih


Hobi paling buruk: mengkritik

Kehilangan terbesar: kehormatan diri

Kerja paling berbaloi: bantu orang

Personaliti paling hodoh: bongkak

Spesis terancam: pemimpin yang berdedikasi

Sumber alam semulajadi terbaik: tenaga anak-anak muda

Suntikan paling syok: suntikan semangat

Masalah paling besar perlu diatasi: orang penakut

Ubat tidur terbaik: Ketenangan jiwa

Penyakit paling berbahaya: suka mengelat(buat kerja)

Kuasa paling kuat: Kasih sayang

Orang paling berbahaya: tukang umpat

Kawan paling bahaya: yg suka ambil kesempatan

Benda yang paling patut dibuang: sikap dengki

Benda yang paling patut kita ada: harapan

Kawan paling baik: orang alim

Harta terbaik: Iman

Cara berkomunikasi paling baik: Berdoa pada tuhan.....




p.s. aksesori paling cantik: mulut yg tersenyum. senyumla k =) !!