Pages

Wednesday, March 23, 2011

WHAT on the earth is this...!

kenapa kuasa besar dunia ni (US, Britain & France) bertindak sedemikian?

kenapa mereka senang2 je g BOM negara orang?

kenapa selepas Afganistan, libya diserang?

angkara minyakkah ini?

kenapa Palestin yg diserang dan diBOM setiap masa oleh Israel tidak di ambil tindakan yg sama oleh what-so-they-called-POLIS-DUNIA ini?

sebab Palestin tiada minyak atau Israel ni abang mereka?
















aku x faham betollah...

memang diorang ni la bapa2 pengganas...kenapa gajah didepan mata xnampak, walhahl kuman diseberang laut nampak?haish...dunia2...

tunggu dan lihat lah,InsyaAllah...Islam akan bangkit memerintah dunia,seperti yg dijanjikan oleh Allah s.w.t...jaga2 kau pengganas dunia, didunia je kauorang leh mengganas mcm ni...



Sunday, March 20, 2011

rUpa-RupA nYa.....

Rupa-rupa nya aku cintakan dia,

Rupa-rupa nya aku perlukan dia,

Rupa-rupa nya aku sayangkan dia,

Rupa-rupa nya aku TAK boleh hidup tanpa dia,

begitu rupa nya...


emmm...



kalo ikut ranking dalam list 'dia' tu...
1) Allah s.w.t
2) Muhammad s.a.w
3) Ma dan Abah
4) Amirah Saihah bt Aziz (bakal bergelar ISTERIKU, InsyaAllah)

Thursday, March 17, 2011

berselawat ke atas nabi Muhammad SAW~

assalamualaikum....
again, another copy paste punya post...
sharing is gaining, rite?

post kali ni menceritakan tentang manfaat yg besar apabila kite berselawat ke atas nabi junjungan kite nabi Muhammad SAW...

bagi sy, post ni quite informative...
sape yg berminat nak tau kebaikan berselawat, sile scroll down and read it=))



surah al-ahzab ayat 56- bermaksud

"sesungguhnya Allah dan para malaikat-nya berselawat kepada  Rasulullah S.A.W. wahai org2 yg beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapakanlah salam sejahtera dengan penghormatan sepenuhnya"


Menurut Talhah al-Ansari radhiallahu'anhu: (bermaksud)

"pada suatu pagi, Rasulullah S.A.W. berada dalam keadaan sgt baik, jelas terpapar wajah nya kegembiraan. maka para sahabat bertanya:''wahai Rasulullah S.A.W pada hari ini engkau dalam keadaan yang sangat baik, jelas dapat kelihatan pada wajah mu? Baginda menjawab: "benar, telah datang pada ku sebentar td (malaikat) dari tuhan ku berkata: "sesiapa yg selawat kepada mu daripada umat mu sekali, nescaya Allah mencatat bg nya 10 kebaikan, mghapuskan darinya 10 keburukan(dosa), mengangkat baginya 10 darjat, dan membalas kepadanya sebagaimana selawat tersebut- riwayat Ahamd


menurut "Abdulrahamanibn 'Auf radhiallahu'anhu: bermaksud

"aku mengikut Rasulullah S.A.W keluar sehingga mamasuki ke sebuah ladang kurma. kemudian baginda bersujud dengan sujud yg sgt lama sehnggakan aku merasa bimbng sekiranya Alah telah mewafatkan atau mengambil roh baginda. maka aku datang mendekati baginda. baginda pun mngangkat kepalanya lalu berkata: '' kenapa wahai Abdulrahaman?' aku pn menjelaskan kepada baginda apa yg aku bmbangkan maka baginda berkata: "sesunguhnya jibril berkata, " mahukah kamu aku berikan berita yang gembira?
 iaitu ALLAH 'Azza wa Jalla berkata: ' seseiapa yg berselawat kepada mu( Rasulullah S.A.W), nescaya Aku (ALLAH) akan berselawat kepada sesiapa yg mengucapkan salam pada mu ( Rasulullah S.A.W) Nescaya Aku (ALLAH) mengucapakan salam pada nya."". maka aku ( Rasulullah S.A.W)bersujud kepada ALLAH utk mensyukurinya- riwayat Ahmad.


KELEBIHAN BERSELAWAT
(yg utama sahaja-sbb terlampau byk)



dicatatkan padanya sepuluh kebaikan

Abu Hurairah radhiallahu'anhu: Rasulullah S.A.W. bersabda : (bermaksud)

"sesiapa yang berselawat  kepadaku sekali, ALLAH akan selawat kepadanya 10 kali- riwayat muslim

"sesiapa yang berselawat  kepadaku sekali, akan dicata bgnya 10 kebaikan- riwayat tarmizi




bersama nabi pada hari kiamat

Abdullah Ibn Mas'ud radhiallahu'anhu: Rasulullah S.A.W. bersabda : (bermaksud)

"sesungguhnya org yg paling utama bersamaku di hari kiamat adalah org yg paling byk berselawat kepadaku". -riwayat tarmizi.




doa di makbulkan

Ali radhiallahu'anhu:bermaksud
"setiap doa dihijab sehinggalah dia berselawat keatas Muhammad S.AW"- riwayat tabrani


  Umar al-Khattab radhiallahu'anhu:bermaksud
''sesungguhnya doa seseorg i2 terhenti diantara langit dan bumi, tidak ssesuatu pun yang diangkat sehingga lah dy berselawat keats nabi kamu Muhammad S.A.W- Riwayat tarmizi



supaya tidak menjadi org yg hina

 Abu Hurairah radhiallahu'anhu: Rasulullah S.A.W. bersabda : (bermaksud)
"terhinalah org yg ketika nama ku di sebutkan padanya, tetapi dia tidak selawat kepada ku" - riwayat Tarmizi



bebas dr sifat kedekut

Husin Ibn 'Ali bin Abu Thalib radhiallahu'anhu: Rasulullah S.A.W. bersabda : (bermaksud)
"org yg bakhil adalah org yg ketika namaku disebut tetapi tidak berselawat keatas ku- riwayat Tarmizi, ibn Hibban



mengelak dari tersesat

Husin Ibn 'Ali bin Abu Thalib radhiallahu'anhu: Rasulullah S.A.W. bersabda : (bermaksud)
"sesiapa yg terlupa berselawat untukku ketika namaku disebut padanYa, maka dia telah menyimpang dari jalan menuju ke syurga" -riwayat Tabrani


WAKTU YG AFDHAL BERSELAWAT

  • SELEPAS AZAN
  • SETIAP HARI JUAMAT
  • MASUK DAN KELUAR MASJID

proses kelahiran

assalamualaikum sume...

this time I wanna share with you guys a 'Proses Kelahiran Video'..

video ni menceritakan bagaimana baby terbentuk dari sperma (bapa) dan ovum (ibu), membentuk embryo, fetus, dan perkembangan janis pada setiap minggu, sehinggalah proses kelahiran, dan kehidupan di luar uterus.

this is quite an amazing video...
indahnya ciptaan ALLAH, perfect.
sungguh besar pengorbanan ibu kite semua...
semoga ALLAH menjadikan ibu bapa kite dari golongan orang2 yg beriman...insyaALLAH..

video

Tuesday, March 15, 2011

Mengapa mengeluh



Kita selalu bertanya dan Quran sudah menjawabnya.


Kita bertanya: Kenapa aku diuji?
Quran menjawab , “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan ,” Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar , dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.” Surah al-Ankabut , ayat 2-3.

Kita bertanya : Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Quran menjawab ,” Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” Surah al-Baqarah , ayat 216.

Kita bertanya : Kenapa ujian seberat ini?
Quran menjawab ,” Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” Surah al-Baqarah, ayat 286.

Kita bertanya : Kenapa kita rasa frust?
Quran menjawab ,” Janganlah kamu bersikap lemah , dan janganlah pula kamu bersedih hati , padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu orang-orang yang beriman. “Surah Ali Imran , ayat 139.

Kita bertanya : Bagaimana harus aku menghadapinya?
Quran menjawab ,” Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang , dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” Surah al-Baqarah ayat 45.

Kita bertanya : Kepada siapa aku berharap?
Quran menjawab,” Cukuplah Allah bagiku , tidak ada Tuhan selain daripadanya. Hanya kepadanya aku bertawakal .” Surah at-Taubah, ayat 129.

Kita bertanya : Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?
Quran menjawab ,” Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin , diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” Surah at-Taubah , ayat 111.

Kita berkata : Aku tak tahan!
Quran menjawab ,”....dan janganlah kamu ber putus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” Surah Yusuf , ayat 12.

Kita berkata: Sampai bila aku akan merana begini?
Quran menjawab,” Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. “ Surah al-Insyirah, ayat 5-6.

p/s: post ni ditujukan khas utk diri ku sendiri yg kadang2 lupa kpd Allah bila senang, mahupun ketika banyak problems...haish...
Sudah!
Jangan mengeluh lagi. Pergi baca Quran.

bagaimana Wardina mendidik anaknya solat.....

assalamualaikum...
first of all, entry kali ni copy paste pnye entry
i got this note from Wardina official page at facebook....
she wanna share with us all on how she taught her 7 years old daughter to solat 5 times a day...
how impressive I am.....
InsyaALLAH, sape2 kat luar sane yg sedang dalam usahah mendidik anak2 solat, this might be a usefull tips to u....
enjoy reading=)



Dear Mama, Ummi, Mum,  Ibu, Bonda...

I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off...

I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the suarau) - lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....ps:- kalau kena amik cuti ambillah -  bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"

3)Selalu cerita how IMPORATAMT it is to solat..how Allah is watching us... how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat.....

4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5)kalau dia tinggal -  DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for her..and guess what????

She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi cakap".....cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because  the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!

I love you all!!! Good night.....

But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak boleh diajar berjalan terus...fahamkan?

** i took that picture of Amna praying from my table, dia sendiri bangun solat Isyak...without even bothering me..berbunga hati seorang ibu....

Monday, March 14, 2011

video sedih...huhu....spinocerebellar ataxia~

assalamualaikum....

post kali ni sy nak share satu video yg sedih, memberi semngat, and membuatkan sy rasa lebih bersyukur dgn kehidupan ALLAH kurniakan untu sy skrg...

video ni sebenarnya bole dikatakan da lapuk la, da lma, tapi sy bru nk terhegeh2 upload...sebelum ni xterpikir pn nak upload..
petang tadi, msa tngah study pasal central nervous sysytem, sy terbaca pasal disease called spinocerebellar ataxia (SCA)
SCA ni penyakit yg menyebabkan part of our brain (cerebellum) degenerate (merosot) dgn cepat.

video ni berkisar tentang movie 'One Littre of Tears'....bagaimana seorg pelajar sekolah berumur 15 tahun di kesan mempunyai penyakit SCA. bagi sy sgt sedih la....sehingga menitikkan air mata...hukhuk T_T


layannnnn
video


amacam? betol x sy cakap?sedih kan....
movie ni di buat based on kisah benar, tentang seorang pesakit SCA
patient ni tulis diary dari mula dia being diagnosed to have SCA until she cannot write anymore, and that is the end of her life...
after 5 years of struggling with her life, she passed away...
walopon dy dapat penyakiy yang xde ubat, dy tetap bersemnagat, not give up easily...

moral of the story
---->>bersyukur dengan hidup kite, jgn mudah putus asa, harapan, usaha, and doa...

wassalam=)

Sunday, March 13, 2011

Upgrade boyfriend 5.0 to husband 1.0 - pentium8 version


Assalamualaikum...
ni artikel yg sngat lawak, ingin dikongsikan kpd anda semua...harap2 faham la ea, sbb artikel ni ada kiasan2 IT sikit...just for laugh!








Dear IT Support,

Last year I upgraded from Boyfriend 5.0 to Husband 1.0 and noticed a slow down in the
overall performance, particularly in the flower and jewellery applications that had operated flawlessly under Boyfriend 5.0.

In addition, Husband 1.0 un-installed many other valuable programs, such as Romance 9.5 and Personal Attention 6.5, but installed undesirable programs such as EPL 5.0, NBA 3.0 and ESPN 2.0. And now Conversation 8.0 no longer runs and House Cleaning 2.6 simply crashes the system. I've tried running Nagging 5.3 to fix these
problems, but to no avail.

What can I do?


Signed,
Desperate

-------------------------------------------------------------------------

Reply:

Dear Desperate,

First keep in mind; Boyfriend 5.0 is an entertainment package, while Husband 1.0 is an
operating system. Try entering the command C:\ I THOUGHT YOU LOVED ME and download Tears 6.2 to install Guilt 3.0.

If all works as designed, Husband 1.0 should then automatically run the applications Jewellery 2.0 and Flowers 3.5.

But remember, overuse can cause Husband 1.0 to default to Grumpy Silence 2.5, Happy Hour 7.0 or Late Night Teh Tarik 6.1. Late Night 6.1 is a very bad program that will create SnoringLoudly.wav files.

Whatever you do, DO NOT install Mother-in-Law 1.0 or reinstall another Boyfriend program. These are not supported applications and will crash Husband 1.0.

In summary, Husband 1.0 is a great program, but it does have a limited memory and cannot learn new applications quickly. You might consider additional software to improve memory and performance. I personally recommend Hot Food 3.0 and Lingerie 6.9.


Good Luck,
IT Support

Friday, March 11, 2011

aku demam.....

assalamualaikum semua...

haa, nk cite sket pengalaman aku demam....

ok, aku tau korang akan cakap, "eleh,demam je kot, tu pun nk kecoh"
tapi tak kesah la, nak citer jugak...;p

aku demam da seminggu kot, tapi sampai hari ni, still ada aura saki baki demam tu...
memang mencabar emosi keperempuanan aku, hehe

hari first demam, aku pegi PKU je....bukan pesakit kurang upaya, tp pusat kesihatan universiti..;B
doctor yg check aku tu jmpa aku xsampai 5 minit kot, and bole pulak dia cakap aku xdemam pn,suhu naik sikit je...uish, memang hangat tol aku....tp, sabar.....senyum sumbing jela....

hari kedua demam, ak da tak tahan, malam xbole tido, kepala sakit gler, aku rasa macam nak gi hantuk kepala kt dinding je (rasa jela, tak buat pn, syang lagi kat kepala aku ni, satu je ade, xde ganti ni,syang2....hehe)....makan panadol pn xjalan lagi, mkn ponstan baru ok sket,last2 ak kna g amek injection untuk relief pain tu...sakit giler kot....virus pekebenda yg hinggap kat aku pn aku xtau

ak pegi lagi PKU tu, tp kali ni doctor lain yang check aku....doctor foreigner
aku bukannya suke sgt jumpa doctor foreigner, xtaula nape, xsyok kot nak explain sakit kite kot omputeh...nak cakap malam2 seram sejuk pn ak xreti nk explain,haha

dalam hati aku, erm, datang sia2 lagi la aku hari ni...
tapi....tapi...ceh,macam suspen plak....
tapi, dy lagi bagus dari doc yg tgk ak hari sebelum tu...
dia tnya problem ak thorough jgakla, dengar satu2 yg aku cakap...
siap buat blood and urine test lagi...

sejam lpas tu result kua...
aku dalam hati duk risau dengue fever je, sebab tgn aku da ada rashes, muka flushes...
sekali aku ad UTI...
UTI tu urinary tract infection ataupun org panggil kencing kotor
patot r pinggang aku sakit...

hah, sesedap rase je doctor first tu cakap aku sihat, xdemam la...
blood test tinggi infection, urine pun tinggi infection....
nasib baik lerrr ak pegi kali kedua kt PKU....tu pn sebab free,haha...ak dahla sengkek skrg, kalo x, ak pegi swasta je terus....
mahal gile kot klinik kt kl ni....tmbah2 kalo buat blood n urine test, fuh, maunya beratus....hu

masuk hari 7 demam bersamaan hari terakhir antibiotic, tekak aku sakit giler2....
membe aku tgk tekak aku swollen, merah, berdarah, ada nananh....OMG
aku pegi la outpatient HKL...
then kena refer jumpa specialist ENT (ear nose throat)

aku diberi another course untuk antibiotic.....
huhu, kuat jugak infection dalam tubuh aku ni....lama da xkena macam ni...

msalahnya next week akuu end posting exam....huwaaaaaaaaa....
xsentuh buku banyak hari da....bukanla xsentuh, maksud aku xstudy la....hehe

itula kesah demam aku....heheh....

babai......assalamualaikum=))
tlong doakan cpat sembuh....~

Wednesday, March 9, 2011

10 000 je...?


Pikir punya pikir ape la yg nk post utk blog kali ni...

pikir lg...


dan lg...



haa..dtng jgk idea yg dicari2...hahaha

tringat la pulak pasal 1 topik dalam aktiviti fizikal ni, pasai berjalan...
banyak yg x tau sebenarnya kita boleh manage kita punya berat badan hanya dengan berjalan...

x percaya???

betol...xtipu punya...
tp...tetap ada tapi nya...
tp kena capai la 10 000 langkah setiap hari...hehe...

menarik x?

mestilah menarik campur x menarik...kn?

yg menarik nye, dgn hanya berjalan, korng boleh dapatkn berat badan 'ideal' yg korang idam2kn selama berabad2 lamanye tu...he

dan...yg x menarik nye, 10 000 langkah tu, mak datuk, jauh nye nk kena jalan, kena masuk lumba jalan kaki ke?hehe..

kalau kita nk tau berapa jauh 10 000 langkah tu, jom kita kira sama2...

emmm...average pangjang 1 langkah bg seseorang yg normal mcm aku ni lebih kurang 0.5 m la...
so...kalau nk capai 10 000 langkah, aku kena berjalan lebih kurang 5 km setiap hari!!!
haha...mengancam betol...

x mustahil sebanarnye adik kakak oii...x ada yg mustahil...

kalau jenis budak surau ni, jarak ke surau 'plus minus' 200 m, so, kalau 5 kali sehari da dpt 2000 m (2km), x ke berbaloi...hehe...so,jom solat berjemaah...hehe

yg selebihnya 3km lg tu pndai2 la cari, nk g kelas yg jarak nye setengah km tu pon xkan la nk naik motor, jalan je bang...macho cket, x gitu...?

pahtu campur aktiviti riadah yg petang2 tu, msti dapat punye...hehe...
cara ni dah terbukti dgn bnyak kajian yg menyokong keberkesanan 10 000 langkah setiap hari, sekarang ni terpulang lah pd diri sendiri yg mahu,

nk seribu daya, x nk seribu dalih kn???

tu jelah utk post kali ni...salammualaikum....




Monday, March 7, 2011

jom join heartbeat....^_^

 
hari da malam....hari sehari suntuk xbuat pape, sebab demam yg sgt teruk...
mlm ni nekad nk bangun study jgak, coz next week da exam...


tp mcm biasa, before start study, blogwalking kejap,hehe
sekali terjumpa psal benda ni kat blog 'si gadis bermata coklat'
menarik tertarik betol dy pnya post

join heart beat bole jadi kaya...aik?psal pe ni?
kalo nak tau, scroll down ke bwah=))

semuanya berkaitan dengan website ini : http://heartbeat.my .. mengikut syarat-syarat nya korang kena ikut langkah-langkah berikut : 


click banner di atas


click dekat icon yang ada anak panah tu




click create account



click lagi macam kotak merah dekat atas




click online application & isi semua soalan yang ada dalam form tu , teruskan dengan click agree & continue

sila click get a code dan boleh pilih saiz sama ada horizontal,square , etc ( mengikut kesesuaian )
copy -paste kan pada blog anda..




tutorial ni di copy dari blog  sigadisbermatacoklat
nampak tu cash out?woww.....hehe

jom join, pe yg korg kena buat klik kat heartbeat ket petak sebelah ni, and follow arahan macam diatas=)

Friday, March 4, 2011

'kalo sy da x de baru awk leh gatal dg perempuan lain'

assalamualaikum

post kali ni ay nak share satu cter yg buat air mata sy menitis
sedih sgt....
sy amek cter ni di facebook




Name aku Amir.. Aku de sorg awek.. Sorg??? huhu.. Awek aku ni mmg lawa giler r!! Sbb die lawa tu r aku ngn membe2 aku berebut.. Nasib aku baik la, aku dpt jugak die....memandangkan aku ni pun kategori org yg handsome.. hahaha..
OOPS! lupe! Name awek aku ni Nadia.. Kitorg x same kampung tp satu sekolah.. Satu hari ni aku dpt twrn smbung blajar kt satu IPTA ni.. Awek aku pn dpt.. Alhamdulillah result SPM kitorg cemerlang walaupun aku pun x percaye boleh dpt 7A.. Hahaha.. Tp mmg giler r.. Walaupun kos yg ditawarkn same, tp aku terlambung kt utara n die lak kt Selatan..

Die ni kuat jeles tu jgn ckp laa.. hidup aku dia yg aturkan.. selama aku satu sekolah dulu, jgn hrp la aku nk kuwa ngn membe2 perempuan aku.. Jgnkn kuwa same, pndg pun x boleh.. Kdg2 aku rimas jugak ngn die.. T aku ckp byk ngn die, mau die marah2 then merajuk.. Benci tul aku.. Aku tau die sygggg sgt2 kt aku. Aku tau die mmg x lyn mane2 lelaki yg cube usyar line die.. Kdg2 aku bengang jugak if ade lelaki yg hntr2 msj kt die walaupun die x reply..

Tp sebenarnye aku ade sorokkan sumthing drp die.. Disebabkan kitorg pun da terpisah jauh, aku mule la nk test market kt utara ni.. Jahatkn? Aku rase bebas!!! Aku pn rase die mcm tu jgk kot.. Yelah, die kn lawa.. Msti r ramai jantan usyar die.. Disebabkan aku nk menutup perasaan prasangka yg buruk2 tu, aku mula r berkawan ngn ramai perempuan kat sini.. Setiap kali org tanye status aku, mesti aku jwb aku single.. Aku selalu kuwa ngn member2 perempuan aku kat sini.. Mmg lagak cm org single.. Aku selalu teringatkan die time aku tgh berfoya2.. Bile wktu mlm sebelum tidur, msti die yg call aku.. Aku? Kdg2 kot.. Tp aku syg sgt kt die.. Aku ckp kt die, membe2 aku kt sini semuanye jantan.. Die ckp die pun same.. Sebelum kitorg end call mst die cerita2 kenangan kami bersama.. Die selalu ckp, "kalau sy da x de baru awk leh gatal dgn perempuan lain".. Kdg2 aku mrh die sbb die ckp yg bukan2 walaupun hakikatnya aku mmg da menggatal da pun.. Kdg2 aku selalu jgk create pergaduhan ngn die.. byk kali die nangis time gaduh2 ngn aku.. pernah tu aku tertengking dia.. kesian die......... 

"SAYA SAYANG AWAK! SAYA NAK AWAK!"
Tibe2 aku terkejut drp lamunan.. Rupa2nye member perempuan aku, Tiqah.. Aku pn dgn bangang aku terima..
Mase duit PTPTN kuwa, aku beli sebijik henpon lg. Satu henpon khas tok msj Nadia, satu g utk Tiqah.. Dlm tempoh aku belajar kt sini, mcm2 tipu aku wat.. Aku tipu dua2 perempuan tu.. Tp hati aku tetap sygkn Nadia.. Mungkin sbb jauh, perasaan tu kdg2 bercampur.. Tiqah pn mcm Nadia.. Sejak aku couple ngn minah ni, aku dah x kuwa ngn member2 perempuan lain.. semuanya kembali mcm mase aku ngan Nadia dulu.. Aku terasa bersalah sgt.. Tp dlm mase yg same aku just nk hilangkan perasaan bosan sorg2 kat sini.. "Kalau la Nadia tau.." Kdg2 aku terfikir nk berterus-terang.. Tp aku x berani.. Kalau dulu aku tidur pukul 1.30, sekarang ni pkul 3.30 kdg2 pkul 4.. Yelah sbb nk gayut dgn dua2.. Semua org x tahu siapa aku sebenarnya walaupun roomate aku sendiri.. Setiap kali aku balik kampung, Nadia x balik.. Yelah.. U dgn sekolah mane same.. Cuti lain2.. Cume ade sekali tu kitorg dpt cuti same2.. Cuti raye kn.. Time aku jumpa ngn Nadia, aku sorokkan henpon satu lg tu kat rumah.. Nadia makin lawa! Berseri2.. Mane2 lelaki tgok gerenti r cair ni.. Nadia ckp cinta die hanya utk aku.. Selama die berpisah dgn aku, die semakin rindu, semakin syg n cintakn aku.. Utk hilang rase camtu, die habiskan mase dgn belajar.. Kdg2 die ckp belajar smpai tau2 da mlm.. Die happy sbb hati aku masih x berubah utk dia sorang.. ERR! aku terasa bersalah sgt.. "Kalau sy da x de, baru awk leh gatal dgn perempuan len tau!" ckp die sambil tergelak2.. Perkataan tu da berjuta kali kot die sebut.. Aku tgok muke die yg lembut tu.. Die bersuara, kalau habis belajar, die nk aku ikat die sebagai tunang.. Pastu die nk kami kerja, kumpul duit byk2 n kahwin then sambung belajar lg.. Beria2 die menceritakan impian die kt aku...

Permainan aku berlarutan sehingga sem yg ke 4...
Pada satu hari ni aku g makan ngn Tiqah mcm biasa... Heboh kampus aku jd tuan rumah untuk satu pertandingan perbahasan antara IPTA. Kebetulan hari ni ulangtahun ke 3 aku ngan Nadia.. Mcm biase aku g mkn ngn Tiqah kt cafe.. Mase Tiqah tgh ambil lauk, aku terniat hati nk cek msj die.. Terhenti jantung aku, berlambak2 msj sorang jantan yg bersayang2 kt  inbox dia.. Aku pn angin r.. Mase Tiqah duduk, aku soal2 dia smpai menangis minah tu.. Sebelum ni x terniat pulak aku nk cek.. Tiqah ckp die ttp sygkn aku.. Aku pun mula terfikirkn Nadia.. Tibe2 ade sekumpulan awek dtg kat meja aku time2 gini la pulak.. X lame pastu aku nmpk Nadia.. Aku menelan air liur..  Rupe2nye, Nadia ambil bahagian dalam pertandingan tu.. Bila Tiqah nmpk ramai2 awek tu dtg kt aku, pelik r die.. N dgn kuasa Allah, semua terbongkar pada saat tu.. N Tiqah sendiri mengaku yg dielah awek aku kt depan Nadia.. Aku tgok Nadia menangis.. Die x bercakap sepatah haram perkataan pun.. Cume die berikan aku sekotak hadiah ulangtahun kami sebelum dia tinggalkn aku.. Aku terus putuskan hubungan aku ngn Tiqah.. Mase aku balik hostel, puas aku call Nadia.. Aku hntr msj berlambak2 kt die.. die x reply pn... Aku sedar, die dah benci aku..

Rupanya Nadia masih menerima aku.. Aku happy sgt2.. Aku berjanji x nk kecewakn die lg.. 2 minggu kejadian itu berlalu.. Org2 sekeliling aku mula menjauhkan diri daripada aku.. Nk2 yg member2 perempuan aku la.. Aku dah x kesah da.. Aku dah berubah.. Aku cuma nk dapatkn keputusan yg cemerlang sampai time akhir sem nanti. Aku nk dptkn kerja baik2.. Apa2 pun aku nk ikat Nadia dulu.. Kdg2 aku berasa malu sgt kt Nadia nk2 bila teringatkn mak ayah dia.. Nasib baik die x pergi report kat mak n ayah dia.. hehe.. Dlm tgh syok2 berangan sambil membelek2 kemeja baru hadiah ulangtahun daripadanya mase hari kejadian tu, tibe2 aku dpt msj drpd member Nadia.. "Nadia eksiden!" Ermm.. Hati aku tibe2 jd x sedap.. Msj kedua drp member die smpai lg.. Terasa panas muka aku bile bace msj tu.. "Nadia da X DE.. Die kne langgar ngan kereta mase lintas jln.." Mcm org gila pas aku bace msj tu.. Aku ambil keputusan balik kejap kampung walaupun terpaksa ponteng kelas..

Aku rase kosong.. Kosong sgt.. Teringat gelak tawa die, teringat suara die, muke die yg lawa tu.. Aku menangis dlm bas.. Aku x peduli ngn org2 yg pndg aku.. Kali ni aku betul2 menyalahkan diri aku.. Semua kenangan aku ngan Nadia bermain dlm kepala aku.. Aku xmampu menahan perasaan sedih ni.. Berulang kali aku bace msj terakhir Nadia mlm td.. "Awk, sy nk tido.. Mcm biase, sy sygkn awk utk selamanye walaupun awk da lukekn ati sy, sy maafkn... Tp ingat! Kalau sy x de baru awk leh gatal ngn perempuan len tau! Hehe.. Nk mrh la tu.. Sy leb awk! Sweet dreamz.."  Ya Allah! Kuatkn hatiku ni.. Semasa aku sampai, jenazahnya belum tiba lagi.. Ye.. Aku pun terus mencoretkan kisah ini.. Semoga menjadi pengajaran kt korang.. Air mata aku berguguran sepanjang mencoretkan kisah ni.. Tapi  aku tau, Nadia x kn kembali da.. X de lg msj Nadia, panggilan Nadia.. X de dah ungkapan "kalau sy x de" tu dah..

Teman2.. Aku mintak sedekahkanlah fatihah utk nya.. Mungkin ada yg memperlekehkn kisah aku ni.. Tp bg aku, inilah kisah yg plg bermakna utk aku.. Utk selamanya aku menyayangi kau, Nurul Nadia bt Zainarruddin..
Mungkin kejap lagi jenazahnya tiba.. Aku nk bersiap2 utk beri penghormatan terakhir buat die yg aku sygi.. Sememangnya cinta die utk aku shgga akhir nafasnya... Aku mampu merelakan pemergiannya... Tabahkn hatiku Ya Allah.... -Al Fatihah.....

Tuesday, March 1, 2011

khas untuk kaum hawa....kaum adam pn bole baca gak=)

 assalamualaikum....

post kali ni di tuju khas untuk kaum hawa....se kaum dgn ku...
sy amek post ni kat blog kaum adam....blog kembatolo...
menarik sgt....
kalo bminat nk baca. sile scroll down ye=))
semoga sedikit sebanyak dpat memberi manfaat kpada kite semua=)

• Wanita auratnya lebih susah dijaga (lebih banyak) berbanding lelaki.
• Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila hendak keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
• Wanita saksinya (apabila menjadi saksi) kurang berbanding lelaki.
• Wanita menerima warisan kurang daripada lelaki.
• Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
• Wanita wajib taat kepada suaminya, sementara suami tak perlu taat pada isterinya.
• Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
• Wanita kurang dalam beribadat kerana adanya masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki


Itu sebabnya mereka tidak henti-henti berpromosi untuk "MEMERDEKAKAN
WANITA".

Pernahkah kita lihat sebaliknya (kenyataannya) ?

* Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta
disimpan di tempat yang paling selamat dan terbaik. Sudah pasti intan permata
tidak akan dibiarkan berselerak bukan? Itulah bandingannya dengan seorang
wanita..

* Wanita perlu taat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib
taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada bapaknya?

* Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki, tetapi
tahukah harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan
kepada suaminya, sementara apabila lelaki menerima warisan, ia
perlu dan wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anak.

* Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan
anak, tetapi tahukah bahawa setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk,
malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan tahukah jika ia
mati karena melahirkan adalah syahid dan syurga menantinya..


* Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an
terhadap 4 wanita, iaitu : Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan
saudara perempuannya. Ertinya, bagi seorang wanita tanggung jawab
terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki, yaitu : suaminya, ayahnya,
anak lelakinya dan saudara lelakinya..

* Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu surga yang mana saja yang disukainya, cukup dengan 4 syarat saja, iaitu;
-sembahyang 5 waktu,
-puasa di bulan Ramadhan,
-taat kepada suaminya, dan
-menjaga kehormatannya.


* Seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah, sementara bagi
wanita jika taat akan suaminya, serta menunaikan tanggungjawabnya kepada
ALLAH, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang
pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata..

Masya ALLAH ! Demikian sayangnya ALLAH pada wanita,
Ingat firman Nya, bahawa mereka tidak akan berhenti melakukan segala
upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada peraturan buatan mereka.
Yakinlah, bahwa sebagai dzat yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita,
maka sudah pasti Ia yang Maha Memahami manusia, sehingga segala
hukumnya / peraturannya, adalah YANG TERBAIK bagi manusia jika dibandingkan
dengan segala peraturan/hukum buatan manusia.

"Jagalah isterimu kerana dialah perhiasan, pakaian dan ladangmu,
sebagaimana Rasulullah pernah mengajarkan agar kita (kaum lelaki)
berbuat baik terhadap isterimu."

Sabda Rasulullah : Apabila kita memiliki dua atau lebih anak
perempuan serta mampu menjaga dan mendidik mereka menjadi muslimah
yang baik, maka syurga adalah jaminannya. (berbeza kaedah bg lelaki).

Berbahagialah wahai para muslimah.
Jangan risau tentang apa yg berlaku di dunia ini.
Tunaikan dan tegakkanlah kewajiban agamamu,
nescaya syurga menantimu...

masyaALLAH....
semoga ALLAH mengampuni semua dosa2 ku T_T


tata~